Terus merekodkan rating rendah sejak beberapa episod sebelum ini, “Sea Of Hope” menunjukkan penurunan yang membimbangkan apabila tayangan terbarunya hanya meraih rekod 0.982%.
Ini adalah merupakan pertama kali rancangan itu mencapai rating bawah daripada 1%. Di mana ia menunjukkan penurunan sebanyak 0.128% daripada catatan rating daripada episod sebelumnya.
Walaupun dibarisi oleh selebriti terkenal seperti Lee Dong-wook, Lee Ji-ah, Kim Go-eun, Yoon Jong-shin, Onew (SHINee) dan Su-hyun (AKMU), namun “Sea Of Hope” gagal meraih perhatian penonton.Malah sebelum ini, program itu dikritik kerana seperti cuba meniru konsep rancangan popular lain seperti “Youn’s Kitchen” dan “Begin Again”.
Makin menurun ratingnya, kenapalah agaknya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.