Ikuti Kami:

Pelakon Pembantu Sah Positif COVID-19, Drama ‘The Penthouse’ & ‘Hush’ Tangguh Penggambaran

Pelakon Pembantu Sah Positif COVID-19, Drama ‘The Penthouse’ & ‘Hush’ Tangguh Penggambaran

Khabarnya banyak drama yang terpaksa menghentikan penggambaran buat masa ini dek ada beberapa staf produksi dan juga pelakon sampingan yang disahkan positif COVID-19.

Salah satu daripadanya ialah drama “Hush” yang dilaporkan salah seorang pelakon sampingannya disahkan positif virus itu baru-baru ini. Kesemua kakitangan lain dan juga pelakon yang menjadi kontak rapat pelakon itu perlu menjalani pemeriksaan COVID-19 bagi tujuan keselamatan.

jtbc hush

Seorang lagi pelakon pembantu yang menyertai rakaman “The Penthouse” turut dilaporkan positif COVID-19. Hal itu membuatkan SBS menunda serta-merta penggambaran bagi memastikan kesemua staf dan kru menjalani pemeriksaan COVID-19. Khabarnya pelakon pembantu itu dijangkiti daripada salah seorang individu yang berada di set penggambaran drama “Joseon Exorcist”.

Meskipun penggambaran “The Penthouse” sepatutnya berjalan pada 25 November namun ianya terpaksa ditangguhkan sementara menunggu keputusan pemeriksaan bagi kesemua kru dan pelakon.

Harapnya semua baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...