Ikuti Kami:

Ayah Jeon Jongseo Meninggal Dunia

Ayah Jeon Jongseo Meninggal Dunia

Penonton drama “Money Heist: Korea – Joint Economic Area” pastinya akan kenal dengan pelakon Jeon Jong-seo kan?

Terbaru, ayah kepada Jeon Jong-seo telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Februari lalu.

Umum agensi pelakon itu,

Ayah kepada Jeon Jong-seo telah meninggal dunia semalam.

Tambah mereka lagi,

Ketika ini, pelakon itu sedang berada di bilik mayat ayahnya. Majlis pengembumian akan dilakukan secara senyap-senyap bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

jeon jongseo

Terdahulu, Jeon Jong-seo telah memuat naik satu entri di media sosial miliknya dengan menulis,

Kepada ayah yang saya hormati, awak tahu saya selalu doakan kesejahteraan ayah setiap hari. Saya sayang ayah.

Untuk pengetahuan, pelakon Jeon Jong-seo telah memulakan kerjaya lakonannya dengan membintangi sebuah filem bertajuk “Burning” dan memegang watak sebagai Hae-mi.

Takziah buat Jeon Jong-seo dan keluarga.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...