Pelakon Lee Wan Kahwin Tetapi Kakaknya, Kim Taehee Yang Dapat Perhatian Ramai Kerana Kecantikannya?

lee wan kahwin tetapi kim taehee yang dapat perhatian

Semua pasti kenal pelakon terkenal iaitu Kim Taehee kan? Tapi adakah anda tahu bahawa wanita itu mempunyai seorang adik lelaki yang juga merupakan seorang pelakon? Bagi yang masih dalam kelam, adik kepada pelakon popular ini ialah Lee Wan yang popular menerusi lakonannya dalam beberapa drama seperti “Stairway To Heaven”, “Tree To Heaven”, “Swallow The Sun” dan “Our Gap-soon”.

Pada September lepas, lelaki itu telah mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa dia sedang bercinta dengan seorang pemain golf profesional iaitu Lee Bomi. Ahli sukan itu kini aktif di bawah Kejuaraan LPGA Jepun selain pernah bermain untuk Kejuaraan LPGA Korea dan memenangi empat acara daripada tahun 2009 sehingga 2010. Lee Bomi juga sudah membolot kemenangan bagi 21 acara di bawah Kejuaraan LPGA Jepun sejak daripada tahun 2012 lagi.

lee wan kim taehee

lee wan kahwin lee bomi

Apabila ahli keluarga sendiri berkahwin, sudah semestinya Kim Taehee akan menghadirkan diri kan? Jadinya, sepanjang acara perkahwinan itu berlangsung, dapat dilihat kelibat pelakon wanita itu di samping adiknya sambil diiringi suaminya iaitu Rain.

kim taehee di perkahwinan lee wan

kim taehee dan rain

Walaupun pasangan pengantin yang seharusnya mendapat perhatian daripada orang ramai tetapi rata-rata komen lebih terarah kepada Kim Taehee. Disebabkan terlalu menawan, ramai yang memuji kecantikannya sehingga kecantikan pengantin sendiri tenggelam dalam ribuan komen itu.

“Lihatlah Kim Taehee dengan hanboknya, nampak sopan sangat.”

“Wow… badan Rain… Kim Taehee pun gila cantik.. dia lagi cantik daripada pengantin.”

“Kim Taehee adalah terlampau cantik untuk berada dalam gambar itu tetapi dia adalah keluarga, tak kan nak asingkan pula?”

“Wow, mereka lebih bersinar daripada pengantin.. cantik dan kacak.”

“Rupa Rain dan Kim Taehee adalah gila menawan… visual mereka wow.”

Nampaknya, walaupun dah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata, kecantikan Kim Taehee tetap menjadi sebutan orang ramai. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Lee Wan dan Lee Bomi!

Sumber: Netizenbuzz

Leave a Reply