Ikuti Kami:

Pelakon ‘Kingdom’ Kongsi Perbezaan Musim Kedua Dengan Musim Asal, Tonton Di Netflix Bermula 13 Mac Ini!

Pelakon ‘Kingdom’ Kongsi Perbezaan Musim Kedua Dengan Musim Asal, Tonton Di Netflix Bermula 13 Mac Ini!

Drama unik iaitu “Kingdom” yang menggabungkan elemen fantasi dalam zaman prasejarah, nyata menarik perhatian ramai peminat drama ada tayangan musim pertamanya. Menampilkan barisan pelakon yang sangat hebat, antaranya ialah Ju Jihoon, Bae Doona, Ryu Seungryong, Kim Sunggyu dan ramai lagi.

Untuk musim kedua, penonton akan dapat melihat personaliti putera raja Lee Chang yang kian berani melawan ribuan zombi demi keselamatan rakyatnya. Perjalanan musim terbaru ini menonjolkan putera raja tersebut kembali ke Hanyang untuk mencari akar kepada masalah berdarah ini yang disebabkan oleh satu komplot besar demi merebut kuasa di tanah Joseon.

Ikuti temu bual rasmi KimchiDaily bersama barisan teraju utama ‘Kingdom’!

kingdom 2

Lee Chang ‘mengganas’

Menurut Ju Jihoon, daripada segi babak aksi, boleh dikatakan musim terbaru ini mengekalkan momentum sama seperti musim asalnya. Sesiapa yang menonton “Kingdom” kerana aksinya yang mengancam sudah pasti tidak mahu terlepas untuk menonton lagi kehebatan lakonan yang ditunjukkan oleh lelaki itu.

kingdom 2

Walaubagaimanapun, lelaki kacak tersebut ada memberi ‘hint’ dan mengatakan bahawa jalan cerita musim kali ini sedikit berlainan dengan yang sebelumnya. Jikalau dahulu, putera raja Lee Chang adalah pasif dan menurut sahaja tetapi kini dia semakin agresif bagi memastikan seluruh Joseon selamat daripada wabak yang membunuh itu.

Pelakon turut jatuh cinta dengan plotnya.

Ju Jihoon menjelaskan bahawa dia terima tawaran untuk berlakon dalam “Kingdom” kerana jalan ceritanya yang unik selain wataknya yang tidak digambarkan sebagai seorang hero. Selain itu, Bae Doona sedar penonton sering meluahkan rasa takut dengan gambaran zombi dalam musim pertama tetapi sebagai seorang pelakon yang membawa watak di dalamnya, wanita itu meluahkan rasa sedih melihat individu yang tamak sehingga menyebabkan bencana dan individu lain yang berusaha keras untuk menyelamatkan situasi tersebut.

kingdom 2

Kim Sungkyu mengatakan antara sebab “Kingdom” ialah drama yang menarik ialah kerana perkembangan setiap watak dalam naskhah ini. Meskipun setiap karakter ada personaliti tersendiri tetapi mereka mula berubah sepanjang drama ini berlangsung dan bukan sahaja ia memberi impak kepada diri masing-masing tetapi ia turut mempengaruhi watak yang lain.

Kesinambungan drama dinantikan ramai

Bukan sahaja penonton setia musim pertama “Kingdom” yang menantikan sambungan drama ini bahkan keluarga dan teman rapat para pelakon ini turut menyerbu dan menanyakan mereka mengenai hal tersebut. Bae Doona terutamanya menjelaskan bahawa ramai rakan-rakannya yang mesej dan bertanya plot drama “Kingdom”. Malahan rakan pelakon wanita itu daripada luar negara turut menghubunginya bagi mendapatkan sedikit ‘spoiler’ mengenai inti pati drama itu untuk musim keduanya.

Rata-rata pelakon meluahkan rasa kagum dengan permaisuri Cho yang kejam yang ‘tak boleh bawa bincang’! Secara peribadi, Bae Doona meluahkan rasa terujanya dengan watak antagonis ini dalam musim kedua. Malahan, kedua pelakon lelaki iaitu Ryu Seungryong dan Kim Sungkyu menyatakan bahawa walaupun mereka lelaki tetapi mereka teringin nak lakonkan watak yang didukung oleh pelakon Kim Hyejun itu. Tambah mereka lagi, kalau diberikan watak sedemikian, belum tentu mereka mampu membawa dan menghidupkannya.

kingdom 2

Daripada sisipan temu bual ini, mesti ramai yang dah teruja nak tonton musim kedua “Kingdom” kan? Jadi jangan lupa untuk mula menonton kesinambungannya bermula 13 Mac ini di Netflix!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...