Ikuti Kami:

Pelakon Dedah ‘Dipaksa’ Rakam Babak Ranjang, Pihak Drama ‘Fantasy Spot’ Beri Respon

Pelakon Dedah ‘Dipaksa’ Rakam Babak Ranjang, Pihak Drama ‘Fantasy Spot’ Beri Respon

Umum mengetahui bahawa drama “Fantasy Spot” yang ditayangkan baru-baru ini menerima perhatian ramai kerana babak ranjang yang banyak.

Walau bagaimanapun, kisah mengenai drama itu kembali tular selepas pendedahan salah seorang pelakon ekstra mengenai situasi penggambaran pada ketika itu. Kisah itu ditulis di sebuha laman komuniti dengan tajuk ‘Kesedihan seorang pelakon tak terkenal’.

Ulas entri itu memetik tulisan pelakon bernama Yeon-ji di Instagram, ‘Kalau saya dedahkan diri, adakah ramai yang menganggap saya sebagai ‘pelakon bogel’.’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 연지 然智 (@act_yeon)

Katanya, dia dihubungi oleh pengarah yang memilih pelakon mengenai watak yang diterimanya menerusi pertemuan bersama pengarah drama web. Menurutnya pengarah itu ada bertanya,

Pengarah itu menaikkan tahap pendedahan dari pakaian dalam ke dada dan punggung. “Di set penggambaran, bahagian utama akan ditutup, boleh ke awak merakamkannya?”

Tambah Yeon-ji lagi,

Ianya bukan sebab saya malu membuka baju di hadapan semua orang di set mahupun ditatap orang ramai. Saya risau sekiranya saya hanya akan mendapat tawaran untuk membuka baju sahaja selepas merakamkan babak ranjang ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 연지 然智 (@act_yeon)

Selepas berfikir seketika, Yeon-ji bersetuju dan berlatih enam posisi berbeza berulang kali bersama pelakon lelaki selama 2 jam. Malah pengarah meyakinkannya bahawa babak itu akan dirakam dengan baik.

Jadi saya bersabar.

Apabila pulang ke rumah, pelakon itu termenung seketika sambil membersihkan solekan dan berfikir,

Mungkin ini kali pertama, badan pelakon juga ialah alat. Ia merupakan pilihan saya dan mungkin ada benda yang akan dipelajari. Lebih baik mencubanya daripada menyesal kerana tidak mencuba.

yeonji hit the spot

Dalam entri berlainan pada 7 Januari lalu, Yeon-ji turut meluahkan perasannya,

Penampilan saya dalam drama itu hanya 4 minit walaupun panjangnya ialah 40 minit. Babak ranjang itu hanya memakan masa dalam dua ke empat minit. Dada, punggung, dan suara rintihan saya semuanya dipaparkan. Apa pun, saya tak menontonnya lebih sekali.

Respon pihak “Fantasy Spot” mengenai pendedahan pelakon ini,

Selepas mengesahkan bersama pelakon itu, dia tidak menyesal merakamkan babak mendedahkan itu. Kini, hanya ada kontroversi berkaitan salah guna kuasa tapi pelakon tersebut agak malu kerana dia tidak menulis dengan niat sebegitu.

Hmmm…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...