Ikuti Kami:

Pelakon Drama Popular ‘Crash Landing On You’ Rupanya Ada Darah Kacukan Malaysia!

Pelakon Drama Popular ‘Crash Landing On You’ Rupanya Ada Darah Kacukan Malaysia!

Fenomena drama “Crash Landing On You” nyata memberikan impak yang besar dalam kalangan peminat K-Drama bukan sahaja di Korea bahkan di seluruh pelosok dunia. Kisah cinta terhalang kerana perbezaan politik di antara Korea Utara dan Korea Selatan telah membuatkan para penonton tak boleh nak alihkan mata daripada kaca televisyen walau sebentar pun!

Meskipun penonton setia drama melodrama itu terpikat dengan pasangan utamanya iaitu SeRi dan JungHyuk serta SeungJoon dan Seo Dan, tetapi ada juga yang terhibur melihat keserasian di antara empat sahabat di bawah jagaan Kapten Ri itu. Mereka ialah Pyo ChiSu, Park KwangBeom, Kim JuMeok dan Geum EunDong.

tang junsang crash landing on you

Nama keluarga ‘Tang’ yang sukar dijumpai di Korea

Salah seorang daripada kumpulan Company 5 itu yang menarik perhatian ramai penonton Korea ialah Geum EunDong kerana nama keluarganya yang unik iaitu ‘Tang’. Watak tersebut yang dimainkan oleh pelakon baru iaitu Tang JunSang nyata menimbulkan rasa ingin tahu semua orang kerana hanya lima orang dalam negara tersebut yang mempunyai nama keluarga tersebut. Uniknya!

Sampaikan ramai yang ingat lelaki berusia 17 tahun itu mempunyai pertalian darah dengan pelakon terkenal China iaitu Tang Wei dek kerana namanya yang jarang didengar itu. Walaubagaimanapun, JunSang telah menjelaskan hal yang sebenarnya.

Saya adalah orang Korea dan ia adalah nama sebenar saya. Disebabkan nama saya yang istimewa, nampaknya ramai yang akan mengingati nama saya.

tang junsang crash landing on you

Bapa adalah orang Malaysia

Lelaki yang mula popular kerana “Crash Landing On You” ini menjelaskan bahawa dia merupakan anak tunggal kepada seorang lelaki yang berasal daripada Malaysia dan berbangsa Cina. Manakala ibunya pula merupakan orang Korea yang dilahirkan dalam sebuah keluarga dengan pelbagai latar belakang.

tang junsang crash landing on you

Kalau anda nak tahu, ‘Tang’ merupakan nama keluarga yang sangat normal dalam komuniti Cina-Malaysia, jadi tiada apa yang menghairankan pun dengan namanya itu.

Ada darah orang Malaysia rupanya!

Sumber: XSportsNews

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...