Ikuti Kami:

Pelakon Baru, Lakonan ‘Menggila’ Han Jihyun & Choi Yebin Dalam ‘The Penthouse’ Raih Pujian

Pelakon Baru, Lakonan ‘Menggila’ Han Jihyun & Choi Yebin Dalam ‘The Penthouse’ Raih Pujian

Agak mengagumkan apabila pelakon amatur dan muda berjaya menghidupkan watak mereka di dalam sebuah naskhah dengan sangat meyakinkan. Sepertinya bakat mereka memang sudah terpendam dan hanya memerlukan ‘watak’ yang betul selain peluang untuk menonjolkannya.

Sama seperti para pelakon baru dalam drama “The Penthouse”, kebanyakan daripada mereka menerima pujian melambung daripada penonton dek mutu lakonan yang baik meskipun drama ini merupakan drama pertama mereka yang menjadi sebutan ramai.

Antara daripada nama yang disebut sebagai pelapis hebat pada masa akan datang ialah Han Ji-hyun dan Choi Ye-bin. Tambahan pula, watak mereka menjadi semakin berat dek emosi yang terpendam kerana ketamakan kedua ibu bapa mereka.

Han Ji-hyun

Merupakan drama kedua selepas “The Wind Blows”, gadis ini nyata membuktikan kehebatan lakonannya sebagai watak antagonis, Joo Seok-kyung. Sentiasa mempunyai pandangan yang tajam apabila berdepan dengan musuhnya dan memberontak terhadap ibunya, gadis ini sering menerima tohmahan penonton pada saban episod.

Namun babak dia menggila apabila ‘dikurung’ oleh Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) menampilkan sisi lakonan yang berbeza daripada biasa.

Choi Ye-bin

Mengagumkan apabila “The Penthouse” merupakan drama pertama yang dibintangi oleh Choi Ye-bin. Walaupun baru, namun gadis itu membuktikan bahawa dia mempunyai bakat yang mendalam di dalam bidang lakonan.

Bahkan lakonannya sering disebut sejak daripada musim pertama lagi kerana personaliti Ha Eun-byeol yang berat. Sering dimanipulasi oleh ibunya, dia mula mengalami delusi dan melalui fasa kemurungan.

Meskipun pelakon lain seperti Kim Hyun-soo, Kim Young-dae, Ji Jin-hee dan Jo Soo-min turut meninggalkan impak yang besar, namun Han Ji-hyun dan Choi Ye-bin dibanjiri pujian kerana pengalaman mereka yang sedikit di dalam dunia lakonan.

Memang hebat kan lakonan mereka? Pasti akan menjadi nama besar dalam industri lakonan Korea nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...