Ikuti Kami:

Pelakon Ada Bilik Rehat Sendiri Tapi Idola Dibiar Di Parkir Kereta, Netizen Tuduh Anugerah MAMA Diskriminasi

Pelakon Ada Bilik Rehat Sendiri Tapi Idola Dibiar Di Parkir Kereta, Netizen Tuduh Anugerah MAMA Diskriminasi

Meskipun Anugerah MAMA (Mnet Asian Music Awards) 2020 sudah pun melabuhkan tirainya pada Ahad lepas, namun pelbagai kontroversi yang timbul daripada pelaksanaannya.

Kalau anda nak tahu, MAMA dikenali kerana bukan sahaja kerana mengangkat semua kumpulan K-Pop untu tahun tersebut dengan anugerah dan persembahannya, malah mereka juga sering menjemput pelakon terkenal sebagai penyampai anugerahnya.

Terbaru, MAMA 2020 terpalit dengan khabar angin yang mengatakan bahawa mereka mendiskriminasikan penyanyi K-Pop dan juga para pelakon yang hadir pada hari tersebut. Disebabkan oleh protokol yang memerlukan kesemua jemputan berada di tempat yang sama, mereka telah pun diasingkan.

mama diskriminasi pelakon dan idola

Para pelakon dengan bilik menunggu sendiri (Nama pelakon: Park Ha-sun, Jung Kyung-ho)

Yang menjadi persoalan ramai, setiap pelakon disediakan dengan bilik menunggu dengan plag nama sendiri namun para idola dibiarkan menunggu di tempat parkir sahaja. Hal ini menimbulkan kemarahan peminat memandangkan kini Korea sedang berada dalam musim sejuk dan kesemua mereka perlu menunggu hampir 5 ke 6 jam sebelum acara itu tamat.

mama diskriminasi pelakon dan idola

Tae-yong NCT disolek dalam kereta

mama diskriminasi pelakon dan idola

Para idola bersembang di parkir kereta

mama diskriminasi pelakon dan idola

Mark GOT7 disolek di parkir kereta

Rata-rata netizen mempersoalkan kenapa para pelakon ini diberikan bilik menunggu sendiri namun idola K-Pop lain perlu menanti di luar sedangkan mereka juga perlu mengambil anugerah dan juga membuat persembahan.Selepas pendedahan ini, pihak MAMA 2020 masih belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan isu ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...