Ikuti Kami:

Pelajar Diserang Raksasa Di Flat Usang, Netflix Sah Tayangan ‘Sweet Home’ Bermula 18 Disember Ini

Pelajar Diserang Raksasa Di Flat Usang, Netflix Sah Tayangan ‘Sweet Home’ Bermula 18 Disember Ini

Netflix sememangnya merupakan satu platform yang semakin ‘mengganas’ dalam menghasilkan pelbagai kandungan Korea kini. Bahkan tema yang selalu dipersembahkan kepada penonton adalah unik dan berlainan daripada yang selalu disajikan di siaran awam.

Antara salah satu drama yang menjadi sebutan ramai sejak berita mengenainya dihebahkan ialah “Sweet Home”. Ia mendapat perhatian kerana barisan pelakonnya yang mantap iaitu antaranya Lee Si-young, Lee Jin-wook, Lee Do-hyun dan Song Kang.

Kalau anda nak tahu, “Sweet Home” yang diadaptasi daripada webtoon ini menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat baru dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

Selepas sekian lama menanti khabar berita mengenainya, akhirnya Netflix telah mengumumkan tarikh tayangan rasminya. Menurut teaser ini, ia akan ditayangkan pada 18 Disember nanti dan akan mempunyai 10 episod sahaja.

Serius tak sabar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...