Ikuti Kami:

Pekerja Pembersihan Cuba Ubah Hidup, Jun Somin Ditawar Bintangi Drama ‘Cleaning Up’

Pekerja Pembersihan Cuba Ubah Hidup, Jun Somin Ditawar Bintangi Drama ‘Cleaning Up’

Semakin banyak job yang ditawarkan kepada Jun So-min sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan media, ahli “Running Man” itu akan membintangi drama adaptasi siri British bertajuk “Cleaning Up”. Malah agensinya juga mengesahkan berita tersebut dan mengatakan bahawa pelakon itu sedang menelitinya dengan positif.

Sebelum ini, JTBC ada melaporkan bahawa Yum Jung-ah dan Yeom Hye-ran akan membintangi drama yang sama. Namun belum dapat dipastikan sama ada mereka menerima tawaran tersebut.

“Cleaning Up” membawa kisah pekerja pembersihan di firma keselamatan yang cuba mengubah kehidupan selepas terdengar rahsia mengenai pertukaran dalaman.

jun somin

Jun So-min dilamar untuk menghidupkan watak pembersih bernama Ahn In-kyung manakala Yum Jung-ah pula ditawarkan watak Eo Young-mi, seorang pembersih dengan penampilan menawan. Meskipun menjalani kehidupan yang tidak teratur, Eo Young-mi dipenuhi dengan keazaman dan elegan.

Yeom Hye-ran pula dikatakan akan membawa watak Meng Soo-ja di mana dia merupakan seorang pembersih yang  sering berasa ingin tahu dan bencikan orang namun tampil lembut dan peramah di hadapan semua. Wanita ini sanggup bersosial asalkan ia dapat memberikan kelebihan padanya untuk meneruskan kehidupan.

Katanya, siri adaptasi “Cleaning Up” ini akan memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun ini namun tarikah tayangan masih belum ditentukan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...