Ikuti Kami:

Pejalan Kaki Melintas Sembarangan Maut Selepas Dilanggar Seulong 2AM, Kes Masih Dalam Siasatan

Pejalan Kaki Melintas Sembarangan Maut Selepas Dilanggar Seulong 2AM, Kes Masih Dalam Siasatan

Malang tidak berbau apabila ahli kumpulan 2AM dan juga pelakon Im Seul-ong dikhabarkan telah terlibat dengan satu kemalangan kereta dengan seorang pejalan kaki.

Pada 4 Ogos, pihak polis mengesahkan bahawa selebriti itu terlibat dengan kemalangan kereta pada lewat malam 1 Ogos. Menurut Pejabat Polis Seobu Seoul, Im Seul-ong yang sedang memandu kereta di sebuah jalan di Eunpyeong, Seoul pada jam 11.50pm ketika waktu hujan telah melanggar seorang individu yang sedang melintas jalan meskipun lampu isyarat pejalan kaki masih berwarna merah. Pun begitu, individu tersebut dikatakan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital dek kecederaan yang dialaminya.

Kami masih lagi sedang menyiasat mengenai kemalangan itu. Memang benar individu itu meninggal dunia selepas dilanggar oleh kereta milik Im Seul-ong semasa dia melintas sembarangan. Walaubagaimanapun, kami masih lagi menyiasat dengan lebih teliti tentang situasi tersebut selain sama ada Im Seul-ong ada melanggar Akta Jalan Raya.

im seulong 2AM terlanggar pejalan kaki sehingga meninggal

Menurut laporan tersebut, Im Seul-ong telah disoal siasat oleh pihak polis sejurus selepas kejadian itu berlaku dan akan dipanggil pada satu tarikh lain untuk menjalani soal siasat tambahan.

Im Seul-ong tidak memandu dalam keadaan mabuk namun kami sedang menyiasat kemungkinan lain seperti memandu secara laju. Namun, sukar untuk kami memberikan penjelasan lanjut buat masa ini memandangkan kes ini masih dalam siasatan. Kami meminta budi bicara anda untuk memahami bahawa pihak kami tidak boleh mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai hal ini.

Agensi naungan Im Seul-ong iaitu Jellyfish Entertainment turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut. Mereka mengiakan kenyataan pihak polis dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Bahkan menurut mereka, Im Seul-ong masih lagi terkejut dengan insiden ini selain tidak dapat memberikan penjelasan lebih terperinci kerana ianya masih lagi dalam siasatan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...