Ikuti Kami:

PD Jung Chulmin Tinggalkan ‘Running Man’, Penonton Minta Kembalikan Program ‘Village Survival’

PD Jung Chulmin Tinggalkan ‘Running Man’, Penonton Minta Kembalikan Program ‘Village Survival’

Meskipun kejayaan rancangan “Running Man” boleh kata disebabkan oleh keserasian di antara kesemua ahlinya tetapi tepukan gemuruh juga perlu diberikan kepada pihak produksi yang bekerja keras di belakang tabir bagi menjayakan setiap episod tanpa gagal. Sebelum semua ahli bermain permainan yang dicipta, kakitangan rancangan ini yang terlebih dahulu akan ‘try and error’ setiap daripadanya supaya memberi kesenangan kepada ahli “Running Man” ketika penggambaran sebenar. Bahkan habis sahaja penggambaran, mereka akan bertungkus-lumus menyunting dan menambah kapsyen menarik supaya dapat menambah lagi hiburan kepada penonton.

running man

Sudah hampir 10 tahun bersiaran, sudah pasti ramai kakitangan yang masuk dan keluar daripada rancangan hiburan popular ini. Menurut berita terbaru, dikhabarkan bahawa pengarah penghasilan “Running Man” iaitu Jung Chulmin sudah pun membuat keputusan untuk menarik diri daripada program itu. Jelasnya, dia sudah 7 tahun berlari bersama kesemua ahli “Running Man” dan kesihatannya kini bukanlah berada pada kondisi yang terbaik.

Saya sudah menjadi pengarah penghasilan selama hampir 11 tahun dan 7 tahun daripadanya dihabiskan dengan bekerja secara berterusan untuk ‘Running Man’. Saya pernah terfikir untuk mencuba kerja yang lain. Tambahan lagi, kesihatan saya tidaklah baik dan lutut saya bukan dalam keadaan yang memberangsangkan.

Bukan senang untuk menghasilkan item dan idea baru pada saban minggu. Saya sudah meminta secara keras untuk peluang berehat daripada rancangan ini selain menerima pendapat baru.

jung chulmin running man

Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah yang akan mengambil tempatnya selepas dia pergi nanti.

Choi Bopil sudah bekerja sebagai pembantu pengarah untuk ‘Running Man’ sejak sejak 4 tahun lepas, jadi dia sangat kenal rapat dengan setiap ahli. Saya rasa dia mampu beri nafas baru kepada program ini dan meningkatkan jangkaan kepadanya.

Semoga Jung Chulmin berjaya dalam kehidupan barunya selepas ini. Rata-rata netizen juga mengucapkan terima kasih kerana menjaga “Running Man” selama 7 tahun lamanya selain ada yang minta dia kembali mengarahkan rancangan hiburan “Village Survival, The Eight” yang pernah bersiaran selama dua musim. Apa-apa pun, selamat berjaya!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...