Ikuti Kami:

Patutnya Debut Disember Ini, KEP1ER Umum Tarikh Debut Baru

Patutnya Debut Disember Ini, KEP1ER Umum Tarikh Debut Baru

Tarikh baharu telah didedahkan untuk penampilan pertama KEP1ER yang akan datang!

Sebelum ini telah dikongsikan pada 5 Disember bahawa tarikh debut asal KEP1ER pada 14 Disember akan ditangguhkan, kerana seorang kakitangan disahkan positif COVID-19. Pada 8 Disember, satu lagi kenyataan telah disiarkan dengan tarikh debut baharu kumpulan itu.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan:

Ini ialah WAKEONE Entertainment dan Swing Entertainment.

Kami ingin mengumumkan bahawa tarikh keluaran album mini pertama KEP1ER ‘FIRST IMPACT’, yang dijadualkan pada 14 Disember, telah ditangguhkan kepada 3 Januari 2022 pada jam 5 petang.

Selepas seorang kakitangan di lokasi disahkan positif COVID-19 pada 4 Disember, ahli KEP1ER telah diuji terlebih dahulu untuk COVID-19 dan menerima ujian negatif. Semua kakitangan yang berkaitan juga telah diuji serta-merta, dan tiada kes yang disahkan tambahan.

Namun, memandangkan keselamatan artis dan kakitangan sebagai keutamaan, kami telah memutuskan untuk membatalkan persembahan KEP1ER pada acara MAMA 2021 dan melaraskan jadual keluaran album untuk mengelakkan sebarang kemungkinan jangkitan dan penularan selanjutnya.

Kami memohon maaf sekali lagi kepada peminat dan pihak berkenaan yang telah menunggu penampilan sulung KEP1ER. Kami akan mengambil sebarang langkah yang perlu untuk memastikan artis dan kakitangan bekerja dalam persekitaran yang selamat.

Terima kasih.

KEP1ER debut

Sabar ok peminat KEP1ER!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...