Ikuti Kami:

“Patutlah Dia Artis” – Peminat Terkejut Lihat Kecantikan Han Sohee Dalam Kehidupan Sebenar

“Patutlah Dia Artis” – Peminat Terkejut Lihat Kecantikan Han Sohee Dalam Kehidupan Sebenar

Selain berbakat dalam lakonan, Han So-hee turut dikenali ramai dek kecantikannya yang semula jadi.

Baru-baru ini, beberapa foto Han So-hee dalam kehidupan sebenar yang diambil oleh peminat telah tular.

Khususnya dalam gambar yang dikongsi, peminat menunjukkan betapa cantiknya pelakon wanita itu apabila berjumpa secara bersemuka. Walaupun tanpa sebarang suntingan, kecantikan pelakon itu tetap tidak kurang seperti dalam skrin.

han sohee

Dalam foto yang lain, Han So-hee dilihat bergambar sambil berpegangan tangan dengan peminatnya di hadapan sebuah kafe.

Melihat di ruangan komen, netizen rata-rata bersetuju bahawa Han So-hee sentiasa mempunyai auranya yang tersendiri, sama ada berada di hadapan kamera atau dalam kehidupan sebenar.

Kenapa muka dia kecil sangat? Ia menakjubkan.

 

Dia cantik dan juga merupakan pelakon yang hebat. Memang hebat.

 

Jika saya adalah dia, saya juga akan menjadi seorang selebriti.

Min pun teringin nak jumpa Han So-hee!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...