Utama Drama Korea Patut Januari, Ini Sebab KBS Tunda Tayangan ‘Met You By Chance’ Ke...

Patut Januari, Ini Sebab KBS Tunda Tayangan ‘Met You By Chance’ Ke Mei

kbs met you by chance

Ada berita sedih buat penonton K-Drama yang dah lama menantikan tayangan “Met You By Chance”.

Terbaru, wakil KBS mengumumkan bahawa drama itu berkemungkinan akan ditayangkan pada Mei nanti,

Ada kemungkinan perubahan namun slot tayangan Rabu-Khamis akan ditunda buat masa ini. Tiada perancangan untuk menayangkan drama baru selepas ‘Love Story’ menamatkan siaran.

kbs met you by chance

Disebabkan itu, “Met You By Chance” yang sepatutnya menemui penonton pada Januari ini dalam slot tayangan Rabu-Khamis bakal diubah ke slot tayangan Isnin-Selasa,

Kami bercadang untuk menayangkan ‘Met You By Chance’ pada Mei namun ianya belum ditetapkan lagi.

Kini, “Brain Works” lakonan Cha Tae-hyun dan Jung Yong-hwa sedang bersiaran untuk slot itu dan ianya bakal disambung oleh “Oasis” lakonan Jang Dong-yoon dan Seol In-ah. Kemudian, drama lakonan Kim Dong-wook dan Jin Ki-joo ini dijangka akan menyapa penonton pada Isnin-Selasa.

Untuk pengetahuan, “Met You By Chance” membawa kisah pengembaraan masa pelik mengenai seorang lelaki yang menemui wanita yang terperangkap di tahun 1987.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSPOTV News
Loading...