Ikuti Kami:

Patut Jalani Penggambaran Hari Ini, Produksi ‘Running Man’ Ditunda Dek Kes COVID-19 Kian Menaik

Patut Jalani Penggambaran Hari Ini, Produksi ‘Running Man’ Ditunda Dek Kes COVID-19 Kian Menaik

Semakin banyak penggambaran drama Korea yang terpaksa menghentikan segala produksi mereka dek kes COVID-19 yang kian meningkat. Susulan hal di mana pelakon dan kakitangan yang disahkan positif, pihak stesen televisyen mengambil langkah ini bagi mengekang pertambahan kes dalam kalangan industri ini.

Disebabkan oleh itu, penggambaran rancangan hiburan juga turut terpalit dengan prosedur ini lantas beberapa program telah pun mengehentikan produksi mereka buat seketika ini. Khabarnya, SBS telah menangguhkan penggambaran “Running Man” yang sepatutnya dijalankan pada hari ini. Malahan program “All The Butlers” turut mengalami nasib yang sama.

sbs all the butlers

Hal ini bagi mengelakkan virus tersebut daripada merebak di antara kakitangan dan selebriti selain mematuhi arahan kerajaan yang meminta semua orang mengikut kempen penjarakan sosial.

Bagi stesen penyiaran lain, KBS juga bertindak menghentikan penggambaran “2 Days 1 Night” buat masa ini sehingga tarikh yang bakal dimaklumkan kemudian.

Semoga industri hiburan Korea akan terlepas daripada genggaman COVID-19 secepat mungkin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...