Ikuti Kami:

Patung BTS x MATTEL Sudah Mula Dijual Di Malaysia, Kesemua 7 Bernilai RM 735!

Patung BTS x MATTEL Sudah Mula Dijual Di Malaysia, Kesemua 7 Bernilai RM 735!

Memang tak dapat disangkal lagi kepopularitian kumpulan terkenal di Korea iaitu BTS! Bukan sahaja dikenali di Korea tahu bahkan menjadi sebutan ramai orang daripada seluruh pelosok dunia. Walaupun hanya dikenali di Korea semasa awal kemunculan mereka, tapi tidak disangka mereka mula ‘meletup’ pada tahun 2016 sehingga berjaya membawa nama kumpulan itu sehingga ke pentas muzik dunia.

Bukan sahaja mampu mengeluarkan lagu bersama artis barat seperti Halsey dan Becky G, mereka juga berjaya merangkul beberapa anugerah penting di Amerika sekaligus membuktikan populariti mereka di peringkat global. Bahkan jenama besar daripada rantaian pakaian sehingga ke permainan mahu menjadikan BTS sebagai wajah yang mewakili produk mereka.

Sama juga seperti baru-baru ini apabila jenama barangan permainan terkenal iaitu MATTEL telah mengumumkan kolaborasi bersama kumpulan idola popular itu. Mereka telah mengumumkan penghasilan patung yang mewakili kesemua ahli kumpulan BTS.

bts kolaborasi dengan mattel untuk menghasilkan patung dan kad uno

Menurut pihak MATTEL sendiri, patung itu diacu serupa dengan setiap ahli BTS sebenar iaitu RM, Jin, Jimin, J-Hope, Suga, V dan Jungkook. Patung itu telah diterapkan dengan ciri khas ahli-ahlinya seperti rambut dan 11 titik artikulasi. Koleksi figura itu dihias seperti stail mereka dalam muzik video “Idol”. Jangan terkejut kerana setiap daripada patung itu dijual pada harga RM 104.90! Jadi kepada ARMY yang ingin membeli kesemua patung itu, jumlahnya ialah RM 734.30. Wow!

bts kolaborasi dengan mattel untuk menghasilkan patung dan kad uno

bts kolaborasi dengan mattel untuk menghasilkan patung dan kad uno

Tak cukup dengan itu, MATTEL turut mengumumkan penghasilan kad “UNO” versi BTS! Lebih istimewa daripada kad “UNO” biasa kerana versi ini turut mempunyai peraturan baru berdasarkan kepada kumpulan itu. Contohnya ada kad baru iaitu “Dancing Wild” di mana apabila seorang pemain menggunakannya, pemain seterusnya perlu mempersembahkan tarian BTS atau pun mengambil 3 keping kad lain. Kad “UNO” ini pula dijual pada harga RM 25.90.

bts kolaborasi dengan mattel untuk menghasilkan patung dan kad uno

bts kolaborasi dengan mattel untuk menghasilkan patung dan kad uno

Peminat boleh mendapatkan kedua-dua permainan yang diinspirasikan oleh BTS ini di Toys “R” Us, Hamleys, Isetan, SOGO, Robinsons, Tesco, Kedai Buku Popular, 7-Eleven, MyNews, Metrojaya dan jenama MATTEL di laman membeli-belah secara atas talian LAZADA.

Sumber: Hype.my, Business Insider

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...