Ikuti Kami:

Patuh Protokol COVID-19, Onew SHINee Terus Tamat Latihan Tentera Daripada Percutian Terakhir

Patuh Protokol COVID-19, Onew SHINee Terus Tamat Latihan Tentera Daripada Percutian Terakhir

Disebabkan wabak COVID-19 yang terus menggusarkan Korea, banyak pihak yang terjejas kerana hal ini. Antara yang mengalami perubahan mendadak ialah latihan khidmat ketenteraan wajib bagi lelaki Korea. Setiap daripada tentera kini perlu mematuhi protokol COVID-19 untuk menamatkan latihan mereka.

Sama juga seperti Onew daripada kumpulan SHINee yang menamatkan latihan ketenteraannya pada hari ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh agensi naungannya iaitu SM Entertainment.

Onew menjalani cuti terakhirnya hari ini dan dia akan ditamatkan latihan tanpa perlu pulang ke markas tentera.

onew tamat latihan ketenteraan

Ini berikutan kepada protokol terbaru ketenteraan yang membenarkan para tentera menamatkan latihan ketenteraan serta-merta selepas percutian terakhir tanpa perlu pulang ke markas mereka.

Onew dikhabarkan akan menamatkan perkhidmatan ketenterannya pada 20 Julai tanpa perlu pulang ke markas bahkan tiada upacara tamat latihan yang akan dijalankan.

Kini tinggal Key dan Min-ho sebagai ahli SHINee yang masih menjalani latihan khidmat ketenteraan dalam markas masing-masing. Manakala ahli termuda iaitu Tae-min pula belum memastikan lagi tarikh spesifik untuk memulakan latihannya.

Selamat kembali Onew!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...