Baru 4 episod ditayangkan, drama “When The Phone Rings” dah menghadapi kontroversi.
Dalam episod pertama yang disiarkan pada 22 November, watak Chae Soo-bin sebagai Hong Hee-joo bekerja sebagai penterjemah bahasa isyarat untuk program berita. Namun, program itu terhenti pada Hee-joo yang cuba mengisyaratkan perkataan ‘gunung’ tetapi sebaliknya tersalah tafsir kepada isyarat tangan yang lucah.
Selepas episod itu ditayangkan, beberapa penonton menganggap bahawa ianya seperti mengejek bahasa isyarat, dengan golongan OKU meluahkan bahawa mereka rasa tersinggung dengan babak tersebut.
Sebagai respon, pasukan produksi “When The Phone Rings” mengeluarkan permohonan maaf rasmi dengan menjelaskan bahawa mereka langsung tidak berniat untuk mengejek bahasa isyarat. Kongsi mereka dalam kenyataan yang ditulis,
Kami dengan rendah hati mengaku bahawa semasa proses pengeluaran, pasukan produksi gagal dalam usaha mereka untuk mengkaji dengan lebih teliti penggunaan bahasa isyarat Korea. Kami akan bekerja lebih keras lagi untuk mengelakkan kesilapan seperti ini dari berulang pada masa hadapan.
Sekali lagi, kami menundukkan kepala memohon maaf.
Terlepas pandang la tu..