Ikuti Kami:

“Pasti Kelakar Tapi Mesti Pelik..” – Lee Kwangsoo Jawab Jika Ada Rencana Jadi Tetamu Di ‘Running Man’

“Pasti Kelakar Tapi Mesti Pelik..” – Lee Kwangsoo Jawab Jika Ada Rencana Jadi Tetamu Di ‘Running Man’

11 tahun berlari bersama, sudah semestinya imej Lee Kwang-soo sangat sinonim dengan “Running Man”. Walaupun sudah rasmi mengucapkan selamat tinggal buat rancangan itu, namun masih ramai lagi yang mengaitkan lelaki itu dengannya.

Pastinya ramai peminat yang berharap agar Lee Kwang-soo menyertai semula program tersebut meskipun sebagai tetamu sahaja. Menjawab mengenai persoalan itu,

Saya rasakan ia pastinya kelakar, tapi ia mesti pelik juga. Sudah pasti saya berasa gembira apabila berjumpa mereka semula, seperti kembali ke kampung sendiri tapi tak pastilah. Sukar untuk meluahkannya dalam menerusi kata-kata. Semestinya lain perasaan sekiranya seya kembali sebagai tetamu dan bukannya ahli tetap.

lee kwangsoo running manMalah lelaki itu menjelaskan bahawa imejnya dalam dunia nyata adalah berbeza di dalam “Running Man”. Katanya, dia bukanlah seorang yang kelakar.

Saya bukannya seorang yang banyak bercakap. Apabila saya berjumpa seseorang buat pertama kalinya, ada kala mereka akan berasa kecewa kerana mereka sangkakan saya kelakar, jujur dan berterus-terang. Saya mengalami kerisauan dan stres pada masa lalu. Tapi apabila kini saya sudah selesa dengan diri sendiri berbanding sebelum ini, saya sudah mula boleh bercakap bersama orang lain dengan selesa. Saya sangat berhati-hati apabila berinteraksi dengan orang lain pada masa lalu, tapi saya sedar ada yang tak selesa. Jadi, saya cube menjadi lebih tenang sekarang.

Rasanya Lee Kwang-soo sentiasa dialu-alukan di “Running Man” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...