Ikuti Kami:

Park Siyeon Ditahan Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Pada Siang Hari

Park Siyeon Ditahan Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Pada Siang Hari

Dilaporkan bahawa Park Si-yeon telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pada 19 Januari, SBS melaporkan bahawa Park Si-yeon memandu pada 17 Januari sekitar jam 11.30 pagi dan melanggar belakang sebuah kereta yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau sebelum membelok ke kiri di simpang tiga. Polis trafik berdekatan yang menyaksikan kejadian ini telah menghampiri pelakon itu dan mangsa.

Dilaporkan bahawa paras alkohol dalam darah Park Si-yeon mencapai 0.097 peratus iaitu satu angka yang boleh menyebabkan lesen memandunya ditarik. Pun begitu, kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan yang serius. Malah dalam soal siasat, Park Si-yeon mengakui bahawa dia memandu selepas minum alkohol.

Selepas laporan itu, sumber daripada pihak Pejabat Polis Songpa Seoul turut mengesahkan berita tersebut.

park siyeon

Agensi pelakon itu kemudiannya mengeluarkan kenyataan berikut,

Hello, ini adalah Mystic Story.

Kami ingin berkongsi kenyataan mengenai laporan berita tentant Park Si-yeon.

Pertama sekali kami memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan dengan berita buruk ini.

Park Si-yeon mengambil minuman alkohol bersama rakannya di rumah pada malam 16 Januari. Pada keesokan harinya (17 Januari), dia menyangka bahawa dia sudah tidak lagi mabuk dan keluar membawa keretanya. Semasa memandu, terdapat pelanggaran kecil dan dia bersetuju dengan permintaan polis berdekatan untuk menjalani ujian paras alkohol. Rupanya paras alkohol tersebut mencapai tahap yang boleh menyebabkan lesen memandunya ditarik.

Apa pun alasannya, agensi kami berasa bertanggungjawab dengan insiden yang menimpa artis kami. Park Si-yeon meminta maaf dan kini sedang muhasabah diri. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana menimbulkan kritikan ini.

Park Si-yeon kemudiannya memuat naik permohonan maaf di laman Instagram miliknya,

Ini adalah Park Si-yeon.

Disebabkan saya patut memohon maaf secara terus, saya memuat naik entri ini dengan berjaga-jaga di akaun peribadi saya.

Apa pun alasannya, ia tidak epatutnya berlaku. Saya memandang enteng dan kini berasa menyesal dan sedang bermuhasabah diri.

Saya memohon maaf kepada semua yang menyokong dan menyayangi saya.

Sekali lagi, saya akan benar-benar bermuhasabah diri.

Semoga hal ini jadi pengajaran buat orang lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...