Utama Rancangan Hiburan Park Seojoon, Jung Yumi & Choi Wooshik Dikhabarkan Bakal Muncul Dalam ‘Youn’s...

Park Seojoon, Jung Yumi & Choi Wooshik Dikhabarkan Bakal Muncul Dalam ‘Youn’s Kitchen 3’

youn's kitchen musim ketiga

Ingat tak “Youn’s Kitchen” dikhabarkan bakal kembali dengan musim ke-3 tak lama lagi?

Khabarnya, program hiburan popular ini akan kembali dengan musim terbaru selepas 2 tahun berehat. Tidak seperti musim-musim sebelumnya, disebabkan oleh pandemik COVID-19, musim kali ini hanya akan dirakamkan di Korea.

Pun begitu, khabar angin mengatakan bahawa program itu tidak akan dipanggil sebagai “Youn’s Kitchen 3” malah lokasi penggambaran juga dirahsiakan daripada umum buat sementara ini.

Selepas berita ini berterbangan, sumber daripada program tersebut mengesahkan bahawa,

Kami masih lagi sedang mengatur jadual penggambaran untuk musim ketiga. Memang benar tawaran kemunculan telah dibuat kepada Youn Yuh-jung, Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-joon dan Choi Woo-shik, dan mereka sedang menelitinya dengan positif.

youn's kitchen musim ketiga

Untuk pengetahuan anda, Yoon Yuh-jung, Lee Seo-jin dan Jung Yu-mi merupakan ahli tetap “Youn’s Kitchen” sejak musim pertama lagi manakala Park Seo-jun pula menyertai mereka pada musim kedua. Jika khabar angin yang berterbangan ini benar, Choi Woo-shik akan membuat kemunculan pertamanya menerusi musim terbaru ini.

Khabarnya, musim ketiga ini akan memulakan penggambaran pada November ini dan ditayangkan pada Januari 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERIlgan Sports
Loading...