Park Seojoon Beli Bangunan RM40 Juta, Tawar Lot Harga Murah Buat Staf Penggaya Rambut & Jurusolek Rapat

park seojun beli bangunan berharga 40 juta

Disebabkan oleh Park Seo-joon yang semakin menonjol dalam bidang lakonan, tak peliklah apabila lelaki ini mampu membeli bangunan yang mahal dan mewah untuk pelaburan masa hadapan.

Menurut sebuah pejabat hartanah pada 22 Oktober baru-baru ini, Park Seo-joon difahamkan telah membeli sebuah bangunan di Sinsa-dong, Gangnam, Seoul awal tahun ini. Bangunan tersebut yang terletak di sebuah kawasan yang dipanggil jalan Rodeo ialah sebuah kawasan penting dek dekat dengan tempat perhentian bas kota dan laluan Bundang di Stesen Rodeo Apgujeong.

Bukan itu sahaja, bangunan itu juga dikhabarkan mempunyai 1 tingkat bawah tanah dan 5 tingkat lagi di atasnya. Sebenarnya sudah bertapak sejak 1986, namun ianya telah pun diubah suai dengan struktur moden dan warna yang menarik berbanding dengan bangunan lain di kawasan sekitarnya.

park seojun beli bangunan berharga 40 juta

Difahamkan juga, Park Seo-joon telah membeli bangunan tersebut dengan harga 11 bilion won (RM40.2 juta) pada musim bunga tahun ini, pada ketika dramanya “Itaewon Class” menamatkan tayangan. Menurut pegawai di pejabat tersebut, lelaki itu mampu membelinya dengan harga lebih murah kerana bangunannya yang lama berbanding dengan bangunan lain berdekatan.

Lebih mengharukan apabila Park Seo-jun dikatakan telah membawa kakitangan penggaya rambut dan jurusolek yang sudah lama bekerja dengannya untuk berpindah dan membuka kedai mereka “P Shop” di bangunan tersebut denga harga yang lebih murah. Disebabkan mahu terus mengekalkan hubungan yang baik dengan kakitangan yang sudah lama bersama dengannya, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira situasi kewangan mereka. Kedai tersebut dikatakan telah memenuhi ruangan tingkat 3, 4 dan 5 bangunan itu.

Baik betul Park Seo-joon, mampu beli bangunan baru dan dalam masa yang sama membantu orang yang rapat dengannya. Cayalah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply