Ikuti Kami:

Park Minyoung Masuk Agensi Baharu Hook Entertainment, Sertai Lee Seunggi

Park Minyoung Masuk Agensi Baharu Hook Entertainment, Sertai Lee Seunggi

Park Min-young telah sertai agensi baharu, Hook Entertainment!

Belum sehari selepas berita mengenai Park Min-young yang telah keluar dari agensi Namoo Actors, hari ini dia sudah pun memulakan permulaan baharunya di agensi Hook Entertainment.

Pada 30 Disember, Hook Entertainment telah mengeluarkan kenyataan berikut:

Pelakon Park Min-young, yang terkenal sebagai dewi komedi romantis di Korea dan kerana popularitinya yang besar sebagai sebahagian daripada gelombang Hallyu Asia, telah memutuskan untuk menyertai keluarga Hook Entertainment. Pelakon Park Min-young telah menerima banyak cinta kerana keupayaannya melakonkan watak unik dengan lakonannya yang ikhlas. Kami akan melakukan yang terbaik untuk membantunya menyerlah sebagai pelakon yang lebih hebat dan menyokongnya supaya dia boleh fokus pada projeknya dengan gembira.

Selain itu, Hook Entertainment juga merupakan agensi bagi Lee Seung-gi, Youn Yeo-jung dan Lee Seo-jin.

park minyoung hook entertainment

Tahniah Park Min-young!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...