Ikuti Kami:

Park Minyoung Di Acara Sama Dengan Pesakit COVID-19, Tayangan ‘When The Weather Is Nice’ Ditangguh

Park Minyoung Di Acara Sama Dengan Pesakit COVID-19, Tayangan ‘When The Weather Is Nice’ Ditangguh

Pada pagi 3 Mac, telah dilaporkan bahawa sebanyak 4,812 kes COVID-19 yang direkodkan di Korea. Nampaknya, tak mustahil angka itu bakal mencecah jumlah 5,000 tak lama lagi. Rata-rata penduduk Korea diminta mengambil langkah berjaga-jaga selain tarikh kemasukan untuk semester baru bagi sekolah dan universiti juga telah dianjak ke dua minggu lagi.

Keadaan di negara lain seperti Itali juga agak membimbangkan kerana setakat ini sudah 2,036 kes postif COVID-19 yang telah dilaporkan. Negara lain juga memberikan arahan supaya tidak melawat negara itu sehinggalah keadaan menjadi reda.covid-19 di itali

Baru-baru ini, beberapa selebriti Korea seperti Kim Chungha, Minhyun (NU’EST), Park Minyoung, Han Yeseul, Song Hyekyo dan IU telah menghadiri Minggu Fesyen Milan di Itali. Tapi tidak disangka bahawa dua kakitangan kepada Chungha telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang ke Korea. Pun begitu, penyanyi tersebut yang melalui pemeriksaan yang sama disahkan negatif dan telah mengasingkan dirinya di rumah sebagai langkah berjaga-jaga. Selain itu, Minhyun dan kakitangannya yang terlibat juga melalui ujian yang sama dan menerima keputusan negatif.

selebriti korea ke itali

Rata-rata peminat melahirkan rasa risau dengan Park Minyoung kerana dia juga berada di tempat yang sama dengan kakitangan yang disahkan positif COVID-19 tersebut. Bagi merungkai kerisauan ramai, agensi naungan pelakon wanita itu telah mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya.

Park Minyoung tidak mempunyai penerbangan, hotel, perjalanan, atau kakitangan yang ada berselisih dengan staf yang disahkan positif.

Namoo Actors juga menambah bahawa pelakon itu tidak menunjukkan apa-apa simptom dan mereka juga telah menghubungi pusat kesihatan sebagai langkah berwaspada. Pelakon wanita itu juga tidak diminta untuk mengasingkan diri tetapi agensi mereka dinasihatkan supaya berjaga-jaga.

park minyoung di itali

Keadaan ini memaksa Park Minyoung supaya menangguhkan penggambaran drama terbarunya iaitu “I’ll Visit You When the Weather is Nice” untuk seminggu ini, selain aktiviti seninya yang lain turut dikurangkan.

Pihak produksi drama ini juga menyatakan bahawa mereka sedang menyusun kembali jadual penggambaran bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 dan memastikan persekitaran set adalah selamat. Episod ke-5 yang sepatutnya ke udara pada 5 Mac akan ditolak dan ditayangkan pada 16 Mac nanti.

Harapnya semuanya baik-baik sahaja. Semoga kes COVID-19 di Korea dapat dibendung dan semua yang disahkan positif akan sembuh seperti sedia kala.

Sumber: OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...