Makin banyak kita dapat khabar gembira daripada artis-artis K-Pop kan? Terbaru, penyanyi dan juga pelakon, iaitu, Park Ji-hoon dikatakan bakal buat comeback solo! Menarik!
Khabar mengenai comeback solo Park Ji-hoon itu disahkan sendiri oleh agensinya, Maroo Entertainment.
Benar, Park Ji-hoon sedang membuat persiapan bagi comebacknya untuk album terbaru pada September nanti.
Ini sekaligus menandakan comeback pertama Park Ji-hoon sebagai penyanyi setelah hampir 10 bulan, sejak pelancaran lagu album mini kelimanya, “HOT&COLD” pada Oktober 2021.Bukan itu sahaja tau, Park Ji-hoon juga kini sedang membuat persiapan dalam karier lakonannya untuk satu siri Wavve, iaitu “Weak Hero”. Pihak produksi bagi siri itu menyatakan bahawa mereka akan menamatkan penggambaran tidak lama lagi dan siri itu akan menemui penonton pada tahun hadapan.
Akhirnya… ada juga comeback Park Ji-hoon!