Ikuti Kami:

Park Hyungsik Tampil Sebagai Putera Mahkota Terkena Sumpahan Dalam ‘Our Blooming Youth’

Park Hyungsik Tampil Sebagai Putera Mahkota Terkena Sumpahan Dalam ‘Our Blooming Youth’

Selepas “Hwarang”, Park Hyung-sik akan kembali menemui penonton dalam drama bersejarah baru berjudul “Our Blooming Youth”.

Untuk pengetahuan, “Our Blooming Youth” mengisahkan tentang seorang putera raja, Putera Mahkota Lee Hwan (Park Hyung-sik), yang menderita akibat sumpahan misteri dan seorang wanita genius Min Jae-yi (Jeon So-nee), yang dituduh membunuh ahli keluarganya. Percintaan mereka berkembang melalui proses lelaki menyelamatkan wanita daripada tuduhan palsunya, dan wanita menyelamatkan lelaki itu daripada sumpahan.

Terbaru, tvN telah melancarkan foto Park Hyung-sik dari drama berkenaan, dengan wataknya sebagai Putera Mahkota Lee Hwan dari Joseon.

Lee Hwan ialah seorang Putera Mahkota yang berwajah kacak dan mempunyai personaliti yang sombong. Selain itu, dia juga mempunyai ingatan yang kuat dan kemahiran seni mempertahankan diri yang cemerlang.

park hyungsik our blooming youth

Bagi mengekalkan kedudukannya sebagai seorang raja, Lee Hwan harus bersungguh-sungguh menjauhi sumpahan ‘buku hantu’, yang mengandungi segala jenis kutukan. Jika sesiapa tahu tentang buku itu, akan ada tindakan dari pembesar istana yang akan menggugat kedudukannya sebagai raja.

Menambah keterujaan penonton, pasukan produksi turut berkongsi,

Sila saksikan persembahan Park Hyung-sik dalam meluahkan naratif Lee Hwan, yang menyembunyikan kesakitannya, di sebalik ekspresi dinginnya.

Nantikan “Our Blooming Youth” akan mula ditayangkan pada 6 Februari ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...