Ikuti Kami:

Park Gyuri KARA Nafi Terlibat Dengan Kes Jenayah Bekas Teman Lelakinya

Park Gyuri KARA Nafi Terlibat Dengan Kes Jenayah Bekas Teman Lelakinya

Selepas Park Min-young, kini Park Gyu-ri juga terpalit dengan kes jenayah bekas teman lelaki mereka.

Terkini, salah seorang ahli dari kumpulan KARA iaitu Park Gyu-ri telah menjadi saksi untuk kes penipuan mata wang kripto yang melibatkan bekas teman lelakinya ‘A’.

Baru-baru ini, Pejabat Pendakwa Daerah Seoul Selatan sedang menyiasat ‘A’ untuk penipuan dan pelanggaran Akta Pasaran Modal selepas mereka menyebarkan maklumat palsu untuk memanipulasi pasaran dengan mengeluarkan dan mempromosikan mata wang kripto yang dikaitkan dengan karya seni.

Park Gyuri

Kemudian, Park Gyu-ri menjelaskan kepada media dengan berkata,

Pada masa itu, saya adalah teman wanita ‘A’ dan saya telah memberikan kenyataan saksi kepada agensi penyiasatan sebagai bekas kurator galeri seni.

Tambahnya lagi,

Sepanjang sesi kenyataan itu, saya dengan jelas menyatakan bahawa saya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti haram yang berkaitan dengan perniagaan mata wang kripto dan tidak memperoleh sebarang keuntungan yang tidak adil.

Walaupun identiti ‘A’ belum disahkan secara rasmi, tetapi ada yang menyatakan bahawa penyanyi tersebut dan ‘A’ itu pernah menjalinkan hubungan pada September 2019 dan berpisah pada September 2021.

Hmmm…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...