Ikuti Kami:

Park Eunbin & Rowoon Sah Bergandingan Dalam Drama Bersejarah ‘Yeonmo’

Park Eunbin & Rowoon Sah Bergandingan Dalam Drama Bersejarah ‘Yeonmo’

Sudah pun disahkan bahawa Rowoon (SF9) dan Park Eun-bin akan menjadi bintang utama dalam drama bersejarah “Yeonmo”.

Bakal ditayangkan di KBS, ia menceritakan kisah sepasang kembar yang lahir di istana. Walaupun salah seorang daripadanya dibuang kerana merupakan seorang perempuan, dia kemudiannya berlakon menjadi lelaki dan diangkat menjadi putera raja selepas kembar lelakinya meninggal dunia.

Park Eun-bin akan melakonkan watak Lee Hwi iaitu seorang putera raja yang sempurna, berkemahiran tinggi dalam memanah dan seni mempertahankan diri malah dilengkapi dengan rupa yang menawan. Namun disebabkan rahsianya, dia tidak pernah menunjukkan perasaan sebenarnya pada dunia dan cuba menjauhkan diri daripada sesiapa yang cuba mendekatinya termasuklah wanita di sekeliling istana.

yeonmo

Rowoon pula bertanggungjawab menghidupkan watak Jung Ji-woon, iaitu guru Lee Hwi. Dia merupakan guru daripada ‘sikangwon’ yang merupakan pegawai kerajaan yang bertugas untuk mengajar putera raja. Dia merupakan seorang lelaki kacak yang beranai, kuat daya tahan dan sangat optimistik dan menjalani kehidupan mengikut arusnya tanpa sebarang bebanan. Sebagai anak kepada pegawai kerajaan ‘Saheonbu’ (pejabat penyiasat), masa depannya adalah sangat cerah. Walaubagaimanapun, terdapat sebab kenapa dia memilih jalan sendiri dan meninggalkan laluan yang mudah itu.

Korang dah teruja belum nak tonton “Yeonmo”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...