Ikuti Kami:

‘Parasite’ Gegar Academy Awards & Bawa Pulang 4 Oscars Termasuk ‘Best Picture’, ‘Best Directing’!

‘Parasite’ Gegar Academy Awards & Bawa Pulang 4 Oscars Termasuk ‘Best Picture’, ‘Best Directing’!

Filem “Parasite” sememangnya tak dapat disangkal lagi kehebatannya dari sudut cerita dan juga lakonan. Tiada kekurangan langsung! Lagi pula ianya diilhamkan oleh pengarah Korea terkenal iaitu Bong Joonho yang pernah menggarap pelbagai naskhah hebat seperti “Snowpiercer” dan “Okja”, sebab itulah ianya best sangat.

Kalau anda nak tahu, filem yang diterajui oleh pelakon berbakat iaitu Song Kangho, Choi Wooshik, Park Sodam, Cho Yeojeong, Lee Sunkyun, Lee Jungeun dan Chang Hyaejin ini telah pun menerima 6 pencalonan di Academy Awards. Hebat betul!

parasite

Pagi ini anugerah berprestij itu telah pun berlangsung dan banyak filem hebat telah pun dipertandingkan termasuklah filem bertemakan perbezaan kelas sosial ini. Membanggakan kerana “Parasite” berjaya meraih 4 anugerah utama dan menjadi filem Asia pertama yang melakarkan sejarah sedemikian!

Best Original Screenplay

Best International Feature Film

Best Directing

Best Picture

Kemenangan ini ternyata membuatkan seluruh rakyat Korea dan Asia sendiri berbangga! Ini adalah satu perubahan kepada industri filem dunia yang sering memberi perhatian hanya kepada naskhah daripada Hollywood sahaja.

parasite menang oscars

Lebih membanggakan kerana rekod yang dicipta oleh Bang Joonho dan filem “Parasite” itu merupakan rekod yang sama diciptakan oleh Walt Disney pada tahun 1953. Tetapi Walt Disney menang 4 anugerah untuk 4 filem yang berbeza manakala pengarah itu memenanginya untuk satu filem sahaja.

parasite menang oscars

Tepukan gemuruh kepada Bong Joonho dan juga teraju utama filem saspens misteri “Parasite” itu. Bagi sesiapa yang belum menonton, anda WAJIB tonton sekarang!

Sumber: The Academy

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...