Ikuti Kami:

Para Pelakon ‘Was It Love?’ Dedah Kebaikan Song Jihyo & Cara Dia Jaga Mereka

Para Pelakon ‘Was It Love?’ Dedah Kebaikan Song Jihyo & Cara Dia Jaga Mereka

Baru sahaja kelmarin Solar daripada kumpulan MAMAMOO mendedahkan kebaikan Song Ji-hyo apabila pelakon itu menyampaikan hadiah yang gagal dimenangi oleh idola itu semasa rakaman “Running Man” baru-baru ini.

Bangun sahaja pagi ini, lebih banyak cerita baik yang diceritakan oleh rakan pelakon Song Ji-hyo yang membarisi drama terbaru iaitu “Was It Love?”. Makin jatuh cinta dengan pelakon wanita ini bila dengar kisah mengenainya yang baik hati!

Menerusi satu temuramah yang dijalankan oleh JTBC untuk setiap pelakon “Was It Love?”, Song Jong-ho yang merupakan salah seorang lelaki yang merebut cinta No Ae-jung iaitu Ryu Jin mendedahkan sisi baik Song Ji-hyo semasa di set penggambaran.

Dia menjaga orang lain dengan baik. Malah dia mengingati kesemua nama staf daripada yang muda dan sentiasa memberi perhatian kepada setiap daripada mereka.

kisah baik song jihyo

Pendedahan ini disokong kuat oleh Da-som yang melakonkan watak Joo A-rin apabila dia juga menceritakan bahawa pasukan “Was It Love?” sering keluar makan bersama dan Song Ji-hyo merupakan seseorang yang sering menjaganya.

kisah baik song jihyo

Lihat sahajalah bagaimana Song Ji-hyo membetulkan rambut Da-som semasa mereka merakamkan babak bersama. Sweet sangat!

kisah baik song jihyo

Kalau anda perasan, semasa episod ke-7 drama komedi romantik itu, kumpulan idola SF9 telah membuat kemunculan istimewa. Selepas sahaja episod itu ke udara, salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Zuho menceritakan kisah di sebalik tabir mengenai kemunculan mereka dan berkongsi bahawa Song Ji-hyo mengingati setiap nama ahli kumpulan SF9 dan menyapa mereka seorang demi seorang.

kisah baik song jihyo

Bukan itu sahaja tahu, pelakon wanita itu malahan menghampiri SF9 semasa mereka mahu meninggalkan set dan mengucapkan terima kasih kerana menyertai penggambaran drama itu. Song Ji-hyo tak pula untuk beri kata-kata semangat untuk kumpulan itu yang bakal mengeluarkan lagu baru 2 hari sebelum episod itu ditayangkan!

Ada lagi satu kisah baik mengenai Song Ji-hyo! Pelakon kanak-kanak, Yoon Seong-woo yang membawa watak Dong-chan telah memuat naik gambar dia dan rakannya sedang memegang sebungkus manisan di Instagram miliknya.

kisah baik song jihyo

Kakak Ji-hyo telah menghadiahkan saya gula-gula ini semasa penggambaran ‘Was It Love?’~ Saya berkongsinya dengan Hyun-bong yang merupakan peminat setia kakak Ji-hyo di ‘Running Man’.

Nampaknya makin ramailah yang jatuh sayang dengan Song Ji-hyo selepas ini! Tambahan pula, wanita itu yang sememangnya cantik dan dilengkapi dengan pesonaliti yang baik pula.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...