Ikuti Kami:

Para Pelakon Utama Bincang Kemungkinan Musim Kedua ‘Sweet Home’

Para Pelakon Utama Bincang Kemungkinan Musim Kedua ‘Sweet Home’

Hanya mempunyai 10 episod, ramai yang ternantikan musim kedua drama siri Netflix terbaru iaitu “Sweet Home”.

Baru-baru ini, para pelakon drama adaptasi webtoon itu telah membincangkan kemungkinan terjadinya musim kedua siri tersebut.

[Amaran SPOILER]

Lee Jin-wook yang membawa watak Pyun Sang-wook,

Jikalau saya kembali untuk musim kedua ‘Sweet Home’, saya akan gembira untuk menunjukkan perkembangan emosi dan gelodak perasaan Pyun Sang-wook kepada penonton. Saya sangat mahu mencuba sisi Pyun Sang-wook yang itu. Saya sangat berharap agar kita akan dapat musim kedua.

netflix sweet home

Malah Lee Do-hyun yang memainkan watak Lee Eun-hyuk turut berkongsi hajatnya itu,

Jikalau ada musim kedua, saya sangat mahu kembali bersama siri ini. Mungkin masalah mata saya akan pulih dan saya akan menjadi lebih kuat untuk menyelamatkan lebih ramai orang. Pandangan pengarah sangat penting dalam hal ini.

Tambahnya lagi,

Saya mahukan lebih banyak babak aksi. Saya berasa seronok menjalani penggambaran di parkir kereta bawah tanah. Jikalau musim kedua lebih padat dengan babak aksi, saya akan menjadi orang yang paling bersemangat di set penggambaran. Tapi saya tak pasti bagaimana saya akan berlawan.

netflix sweet home

Malah Lee Do-hyun turut sempat meninggalkan pesan kepada pengarah ‘Sweet Home’ iaitu Lee Eung-bok,

Saya mahu sangat muncul dalam musim kedua sekiranya ‘Sweet Home’ direncanakan akan mempunyai sambungan.

Melihatkan ending “Sweet Home”, rasanya memang semua mahukan musim kedua kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...