Utama Drama Korea Papar Plot Provokatif Tapi Rating Kekal 0%, Naskhah Ini Dinobat K-Drama Paling...

Papar Plot Provokatif Tapi Rating Kekal 0%, Naskhah Ini Dinobat K-Drama Paling Teruk Tahun Ini?

between him and her

Bukan mudah nak menarik perhatian peminat K-Drama sekarang ini kan?

Disebabkan oleh lambakan drama dalam pasaran, pastinya penonton lebih memilih naskhah yang berkualiti dan segar. Oleh itu, ada sesetengah drama sepertinya terpinggir dan kurang menerima perhatian ramai.

Antara darinya ialah “Between Him And Her” yang membawa kisah pasangan sudah lama bercinta mula berantakan apabila mereka berdua terserempak satu sama lain di motel murah sedang bersama orang lain.

Sudah pun bersiaran beberapa episod, namun drama ini hanya mampu berpuas hati dengan rating bawah 0.4% di mana catatan terburuknya ialah 0.1%. Masih lagi berbaki 5 episod, namun sepertinya tiada harapan buat “Between Him And Her” untuk menunjukkan peningkatan membanggakan.

between him and her

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menyatakan plot drama mengenai kedinginan hubungan psangan bercinta tidak terlalu menarik malah ada yang tidak menyukai gandingan antara Lee Dong-hae dan Lee Seol yang dikatakan agak kaku. Bahkan ada yang menyatakan ini adalah K-Drama paling teruk tahun ini dek rating yang mengecewakan.

Malah ada yang menyalahkan bahawa saluran Channel A memandai-mandai mengubah slot tayangan yang sepatutnya pada Selasa jam 10.30pm kepada Jumaat jam 11.30pm tanpa penjelasan lanjut. Ramai menebak, keputusan ini dibuat dek rating drama itu yang terlalu rendah.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

melaluihttps://theqoo.net/square/3077127405
Loading...