Ikuti Kami:

Papar Hubungan Rapat, Yeri RED VELVET Hantar Trak Kopi Ke Set Drama Minho SHINee

Papar Hubungan Rapat, Yeri RED VELVET Hantar Trak Kopi Ke Set Drama Minho SHINee

Min-ho SHINee telah menunjukkan hubungan rapatnya bersama dengan Yeri RED VELVET!

Pada 1 Mac, Min-ho telah memuat naik foto trak kopi di Instagramnya, yang telah dihantar oleh Yeri ke set penggambaran siri Netflix akan datang “The Fabulous”, miliknya bersama Chae Soo-bin.

Min-ho menyiarkan dua gambar untuk menunjukkan penghargaannya kepada rakan labelnya. Dalam foto pertama, dia dengan penuh rasa syukur tunduk sambil mengucapkan terima kasih, dan dalam foto kedua, dia dengan gembiranya memegang minuman yang mempunyai gambarnya di lengan cawan.

yeri hantar trak kopi buat minho shinee

Sepanduk pada trak kopi itu tertulis,

Saya menyokong pasukan drama ‘The Fabulous’ dan Min-ho oppa.

Fighting, oppa yang dikasihi!

Beberapa minit selepas itu, Yeri menyiarkan semula foto yang dimuat naik Min-ho dengan sticker yang ditulis,

I love my brother (Saya sayang abang saya).

Sementara itu, “The Fabulous” adalah drama mengenai kerja, semangat, percintaan dan persahabatan lelaki dan wanita muda yang telah menceburkan diri ke dalam industri fesyen. Ia akan menggambarkan perjuangan mereka untuk terus hidup dalam dunia fesyen yang berdaya saing dan kehidupan harian mereka yang rancak dan bersemangat dalam industri paling bergaya di negara ini.

yeri red velvet minho shinee

Comel kan Yeri dan Min-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...