Ikuti Kami:

Papar Adegan Buli Ngeri, ‘The Glory’ Rupanya Diadaptasi Dari Kisah Sebenar

Papar Adegan Buli Ngeri, ‘The Glory’ Rupanya Diadaptasi Dari Kisah Sebenar

Memaparkan kisah buli di sekolah, siapa sangka drama “The Glory” sebenarnya diadaptasi dari situasi sebenar.

Bagi yang belum tahu, “The Glory” membawa kisah Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah oleh sekumpulan pelaku, hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.

Khususnya ada satu babak di mana seorang pembuli memanggil Moon Dong-eun ke gim dan membakar tangannya menggunakan seterika rambut. Meskipun lakonan setiap pelakon dipuji meninggalkan impak namun, adegan itu dipercayai terlalu ngeri buat tontonan umum.

Apa yang lebih mengejutkan, adegan tersebut sebenarnya diambil dari kisah sebenar yang pernah berlaku pada tahun 2006. Pada ketika itu, pembuli A merupakan pelajar di sekolah menengah wanita di Cheongju dan kerap mendera rakannya B, dengan besi keriting, menggaru payudaranya dengan penyepit rambut dan bermacam lagi. Akhirnya, Mahkamah Daerah Cheongju telah mengeluarkan waran tangkap untuk si pembuli, A.

netflix the glory

Selepas mengetahui bahawa adegan dalam “The Glory” tersebut pernah berlaku kepada seseorang dalam dunia sebenar, ramai netizen tidak dapat menyembunyikan rasa takut dan terkejut mereka dengan meninggalkan komen seperti:

Sungguh mengerikan bahawa adegan itu benar-benar berlaku.

 

Hari ini lebih menakutkan..

 

Lebih menakutkan dalam realiti bahawa ia adalah kisah benar.

Dalam pada itu, “The Glory” telah dinobat sebagai K-Drama paling popular kini menerusi Good Data Corporation.

Seramnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...