Ikuti Kami:

Pandai Zahirkan Babak Sedih Dalam ‘Start-Up’, Ramai Puji Lakonan Suzy & Nam Joohyuk Semakin Baik

Pandai Zahirkan Babak Sedih Dalam ‘Start-Up’, Ramai Puji Lakonan Suzy & Nam Joohyuk Semakin Baik

Tak dapat disangkal bahawa “Start-Up” merupakan antara drama yag mendapat perhatian ramai kini. Mungkin sebab pelakon yang menerajuinya atau pun disebabkan oleh plotnya yang mantap.

Sentiasa menjadi bualan ramai pada saban episod, namun lakonan hebat Nam Joo-hyuk dan Suzy dalam episod baru-baru ini nyata membuka mata penonton mengenai mutu lakonan mereka yang kian meningkat kalau nak dibandingkan dengan projek sebelum ini.

nam joohyuk dan suzy

Dalam episod lepas, Dal-mi (Suzy) mula sedar bahawa penulis surat dan juga cinta pertamanya ialah Han Ji-pyung (Kim Seon-ho) dan bukannya Nam Do-san (Nam Joo-hyuk) seperti yang disangka. Berasa seperti dikhianati, wanita itu kemudiannya menjauhi kedua lelaki itu.

Bagi mengekspresikan perasaan dikhianati itu, Dal-mi telah menangis teresak-esak malah Do-san juga tidak mampu membendung air matanya apabila melihat semuanya terbongkar. Dia mengakui bahawa dia melakukan semua itu hanya kerana mahu berada dekat dengan Dal-mi dan membahagiakannya.

Babak mereka menangis nyata menerima pujian ramai kerana ia berjaya menyentuh hati penonton selain membuatkan turut menangis bersama mereka.

Kata mereka,

Bagus betul lakonan Suzy, saya sendiri boleh rasakan perasaan dikhianati itu.

 

Lakonan Suzy sangat baik!

 

Lakonan emosi Suzy kini semakin nampak mendalam, saya mampu rasakan perasaan Dal-mi.

 

Nam Joo-hyuk menunjukkan lakonan yang baik. Saya sangat sukakan watak Nam Do-san malah saya boleh faham perkara yang dilakukannya.

 

Pelakon genius Nam Joo-hyuk. Hebat betul lakonan menangisnya.

Nampaknya semakin ramai yang dah beri ‘thumbs-up’ untuk lakonan Nam Joo-hyuk dan Suzy, korang pula rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...