Utama Drama Korea “Pandai Dia Bawa Watak Talam Dua Muka” – Lakonan Antagonis Ok Taecyeon...

“Pandai Dia Bawa Watak Talam Dua Muka” – Lakonan Antagonis Ok Taecyeon Dalam ‘Vincenzo’ Dipuji

ok taecyeon dipuji

Boleh dikatakan ramai peminat K-Drama kini sedang syok melayan drama “Vincenzo” kan? Nampak sahaja macam ganas, tembak-tembak bagai, rupanya kelakar habis!

Walaupun ramai yang mula menonton drama ini kerana teruja nak tengok Song Joong-ki sebagai peguam keluarga mafia, tapi ternyata teraju utama lain turut berjaya menarik perhatian ramai.

Salah seorangnya ialah Ok Taec-yeon yang muncul sebagai intern guaman yang nampak ‘bodoh alang’ namun sebenarnya merupakan pengarah sebenar syarikat farmaseutikal Babel dan merupakan dalang disebalik kejahatan yang berlaku di serata pelosok Korea.

ok taecyeon dipuji

Kalau anda nak tahu, Ok Taec-yeon sudah beberapa kali memegang watak utama dalam beberapa drama sebelum ini namun lakonannya sering menerima kritikan ramai. Kata mereka, terdapat sesuatu yang kurang dalam ekspresi wajah dan emosinya.

Walaubagaimanapun, lakonannya sebagai Jang Jun-woo dalam “Vincenzo” sepertinya telah mengubah persepsi ramai. Bukan senang tahu nak mendapat pujian apabila membawa watak antagonis!

Lakonan Ok Taec-yeon nampaknya semakin baik.

 

Ok Taec-yeon sepertinya dah mampu hadam watak Jun-woo.. nampak jelas perubahan tiap-tiap ekspresinya.

 

Jang Jun-woo merupakan seorang psiko yang gila. Dan lakonan Ok Taec-yeon sebagai si gila nampaknya menjadi. Seronok menontonnya~

 

Ok Taec-yeon sangat hebat berlakon watak talam dua muka.

 

Setiap kali Ok Taec-yeon mengubah ekspresi wajahnya, meremang bulu roma saya. Nampak menyeramkan..

ok taecyeon dipuji

Menjadi tak Ok Taec-yeon bawa tak antagonis?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNaver TV
Loading...