Ikuti Kami:

“Pandai Cakap..” – Perkecil Warga Asing Duduk Korea, Yoo Jaesuk Dituduh Bersikap Rasis?

“Pandai Cakap..” – Perkecil Warga Asing Duduk Korea, Yoo Jaesuk Dituduh Bersikap Rasis?

Secara tiba-tiba, Yoo Jae-suk terpalit dengan sati kontroversi tak dijangka.

Dalam episod terbaru, “You Quiz On The Block” menampilkan beberapa warga asing yang telah menetap di Korea. Tetamu yang hadir termasuk Leo Ranta, Amarachi, dan Michael Laitman.

Walaupun mereka bukan warganegara Korea, mereka dilahirkan atau telah tinggal di Korea untuk sebahagian besar hidup mereka, menjadikan mereka pada dasarnya sudah arif dengan budaya Korea.

Namun, sepanjang rancangan tersebut, Yoo Jae-suk berkali-kali meluahkan rasa kagumnya, dengan berkata seperti, “Kalian bercakap Bahasa Korea dengan sangat baik” dan “Nada suara korang dan segala-galanya sangat Korea”, terpesona dengan kefasihan mereka dalam bahasa itu.

yoo jaesuk

Selepas episod tersebut disiarkan, beberapa penonton menyuarakan kebimbangan mengenai reaksi dan gaya pengacaraan Yoo Jae-suk. Kritikan utama adalah bahawa memuji kemampuan seseorang untuk “bercakap seperti orang Korea” berdasarkan rupa mereka boleh dianggap sebagai kenyataan yang sensitif dari segi perkauman di luar negara.

Namun, ada yang berpendapat bahawa komen Yoo Jae-suk tidak boleh dianggap berbaur perkauman kerana ia ditujukan kepada warga asing, bukan orang Korea. Para tetamu tersebut jelas bukan berwajah Korea, dan dia hanya meluahkan rasa kagum terhadap kefasihan mereka dalam Bahasa Korea.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   10 Asia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...