Ikuti Kami:

Paling Banyak Dalam Sejarah, Lagu ‘Promise’ Jimin BTS Raih 300 Juta Penstriman Di SoundCloud

Paling Banyak Dalam Sejarah, Lagu ‘Promise’ Jimin BTS Raih 300 Juta Penstriman Di SoundCloud

Jimin BTS secara rasmi telah mencipta sejarah SoundCloud!

Pada 30 Disember 2018, Jimin BTS mengeluarkan lagu “Promise” ciptaan serta tulisannya sendiri, dan merilisnya di platform penstriman WorldWide SoundCloud. Sebaik sahaja ia dikeluarkan, lagu tersebut terus memecahkan rekod Drake dan telah mendapat 8.5 juta penstriman dalam masa 24 jam setelah ianya dikeluarkan.

Kini, ia telah melepasi 300 juta penstriman, sekali gus mengekalkan statusnya sebagai lagu yang paling banyak distrim dalam sejarah SoundCloud dan merupakan lagu pertama di SoundCloud yang pernah mencapai kejayaan ini!

ARMY (nama kelab peminat BTS) turut gembira atas pencapaian ini dan terus menggunakan hashtag #PromiseByJimin300M, tagline ‘HISTORY MAKER JIMIN’ dan banyak lagi, yang telah trending seluruh dunia di Twitter.

Tahniah Jimin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...