Ikuti Kami:

Pakaian ‘Selekeh’ So Jisub Buat Netizen Pening Kepala!

Pakaian ‘Selekeh’ So Jisub Buat Netizen Pening Kepala!

Memang ramai pelakon K-Drama muda yang kini menjadi kegilaan peminat. Antara daripada mereka yang berjaya mencuri hati penonton drama Korea ialah Park Seojoon, Lee Jongsuk, Lee Minho dan ramai lagi. Yalah muka muda dan jambu kan? Mestilah ramai penonton wanita yang cair apabila melihat wajah mereka itu.

Walaubagaimanapun, pelakon lama yang lain pun masih lagi boleh tahan hot tahu! Meskipun ada yang dah capai usia 40-an tapi masih lagi ramai peminat wanita yang mendambai mereka ini. Antara selebriti lelaki yang masih tampan itu ialah So Jisub! Lelaki macho ini dah berkecimpung dalam dunia lakonan sejak daripada tahun 1995 lagi. Beberapa drama yang mengangkat namanya tinggi dalam bidang lakonan ialah “I’m Sorry I Love You”, “What Happened In Bali”, “Phantom”, “Master’s Sun”, “Oh My Venus” dan pelbagai lagi. Penat nak senaraikan satu-satu sebab banyak sangat!

pakaian 'selekeh' so jisub buat netizen pening kepala

Pun begitu, walaupun dia sering diberi pujian melambung kerana ketampanannya tetapi dia ada satu tabiat pelik yang bukanlah rahsia dalam kalangan peminatnya. Apabila So Jisub tidak aktif dalam mana-mana produksi, dia langsung tidak akan menghias dirinya. Dia lebih senang tampil simple sahaja. Dia juga dikenali sebagai salah seorang selebriti yang mempunyai stail fesyen yang teruk.

Baru-baru ini, lelaki itu telah tampil di lapangan terbang atas urusan peribadinya. Sekali lagi, pemilihan fesyennya menjadi perdebatan netizen.

pakaian 'selekeh' so jisub buat netizen pening kepala

Beberapa wartawan yang berada di situ sempat menangkap gambarnya dan netizen yang melihat pemakaiannya pada hari itu rata-ratanya gelak sakan.

“Saya pasti akan rasa malu sekiranya teman lelaki saya berpakaian sedemikian ketika bertemu janji.”

“Saya peminat dia… kadang-kadang saya berasa kekok apabila dia berperangai begini.”

“Saya terbayang apa yang difikirkan olehnya semasa menyarungkan pakaian sedemikian? Saya terfikir apa yang membuatkan dia membeli topi itu?”

“Biarkan dia. Apa yang awak boleh buat kalau dia mahu menggunakan badannya yang hebat itu sedemikian rupa… bersyukurlah dia tidak memakai beret.”

“Sesiapa tolonglah cepat dan ambil dia berlakon.”

Biarlah So Jisub mahu berpakaian sebegitu. Lagipun kalau dah kacak, pakai apa pun masih nampak kacak!

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...