Ikuti Kami:

Padam IG Story Sepantas Kilat, Ini Sebab Peminat Teka Chae Soobin & Yoo Yeonseok Sedang Bercinta?

Padam IG Story Sepantas Kilat, Ini Sebab Peminat Teka Chae Soobin & Yoo Yeonseok Sedang Bercinta?

Siapa yang menonton “When The Phone Rings”, pastinya seronok melihat keserasian Chae Soo-bin dan Yoo Yeon-seok kan?

Terbaru, Instagram tory yang dimuat naik Chae Soo-bin mencetuskan desas-desus gosip percintaan antara mereka apabila dia segera memadamkannya selepas suara sayup seorang lelaki dapat didengari di latar belakang.

Dia memuat naik video dirinya di sebuah pusat perlindungan anjing dengan kapsyen “pada Tahun Baru Magpie,” merujuk kepada lagu kanak-kanak popular untuk Tahun Baru Lunar.

Peminat sempat memuat naik Instagram Story tersebut dengan pantas sebelum Chae Soo-bin sempat memadamnya. Video itu kini tular di X, dengan ramai peminat menebak suara lelaki itu kedengaran seperti Yoo Yeon-seok.

Walaupun terdapat segelintir yang merasakan bahawa suara itu biasa sahaja dan menganggap Chae Soo-bin memadam entri itu bagi menghormati wajah pekerja di tempat itu yang sedikit terdedah di hujung video.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...