Ikuti Kami:

P.O BLOCK B Masuk Agensi Artist Company, Sertai Lee Jungjae, Go Ara & Ramai Lagi

P.O BLOCK B Masuk Agensi Artist Company, Sertai Lee Jungjae, Go Ara & Ramai Lagi

P.O ataupun nama sebenarnya Pyo Ji-hoon, dari kumpulan Block B dan juga seorang pelakon, telah secara rasmi menyertai agensi baharu!

Pada 29 Oktober, agensi artis Lee Jung-jae dan Jung Woo-sung mengumumkan bahawa P.O telah menandatangani kontrak eksklusif dengan mereka selepas meninggalkan agensi lamanya Seven Seasons bulan lepas.

Jurucakap agensi Artist Company mengulas,

Kami merancang untuk menyokong P.O secara aktif supaya dia boleh mempamerkan pelbagai daya tarikannya sambil menjalankan pelbagai aktiviti.

Artist Company kini telah menempatkan ramai bintang popular termasuklah Lee Jung-jae, Jung Woo-sung, Park So-dam, Go Ara, Ahn Sung-ki, Yum Jung-ah, Esom, Cho Yi-hyun, Jang Dong-joo dan ramai lagi.

Tahniah P.O!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...