Semakin menghampiri penghujungnya, “The Penthouse 3” terus membuatkan penonton terpempan dengan pelbagai plot twist.
Sering memparkan kemenangan yang jahat pada dua musim awalnya, musim ke-3 drama itu kini membuktikan bahawa ketamakan kuasa, harta dan kehormatan hanya akan memusnahkan diri pada suatu hari nanti.
Memang terkenal dengan jalan cerita yang mengejutkan dan tak masuk akal, episod ke-11 yang ditayangkan baru-baru ini nyata membuatkan penonton terus tidak dapat berkata-kata mengenainya.
[Amaran SPOILER]
Ianya terjadi apabila Cheon Seo-jin yang sering menikam belakang bagi mendapatkan segala kemahuannya menerima balasan akhirnya apabila ‘chandelier’ jatuh menghempap badannya sebelum dia memuntahkan darah yang banyak.
Sepertinya bakal sampai ke kemuncaknya, pelbagai watak lain turut menerima balasan atas perbuatan lalu mereka. Melihatkan perkembangan plot yang ekstrem berkenaan, penonton tidak dapat meluahkan sebarang komen positif.
Semakin ditonton, semakin otak saya berhenti berfungsi.
Ia sepatutnya ditamatkan pada musim kedua.
Agh! Chadelier yang jatuh pada Cheon Seo-jin.
Ia adalah sangat mengerikan kini.
Tak sangka drama ini masih ditayangkan.
Saya sangat berharap mereka tak tunjuk babak seperti ini di televisyen.
Melampaunya.
Apa pula pandangan korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.