Ikuti Kami:

“Orang Sekeliling Pandang Rendah, Saya Selalu Gementar” – Yoo Jaesuk Tidak Mahu Kembali Ke Usia 20-an

“Orang Sekeliling Pandang Rendah, Saya Selalu Gementar” – Yoo Jaesuk Tidak Mahu Kembali Ke Usia 20-an

Kadang-kadang selebriti yang popular kini sebenarnya mempunyai masa silam yang gelap dan menyakitkan. Tak semua daripada mereka yang terus mengecap populariti selepas memulakan karier seni. Sama juga dengan pengacara Korea terkenal iaitu Yoo Jae-suk yang turut mengalami kesukaran sebelum diterima ramai.

Semasa episod “Yoo Quiz On The Block” yang ditayangkan pada 8 Julai lepas, Yoo Jae-suk menceritakan mengenai kisah lamanya sambil ditemani oleh rakan pengacara Jo Se-ho dan tetamu jemputan Kim Min-kyung. Ketiga-tiga selebriti itu duduk berbincang dan topik sama ada anda mahu kembali ketika umur 20-an ditujukan kepada mereka.

Yoo Jae-suk memikirkan mengenai soalan tersebut dan memilih untuk tidak mahu kembali ke lingkungan usia tersebut.

Jikalau saya dapat pulang ke waktu itu dengan keadaan yang sekarang, saya akan pergi. Tetapi sekiranya saya pulang sama seperti keadaan yang dulu, saya tidak mahu kembali pada waktu tersebut.

yoo jaesuk dipandang rendah semasa 20-an

Jelas pengacara tersebut, semua orang melihatnya dengan pandangan yang lain pada ketika itu.

Saya tak akan mampu untuk bertahan dalam masa tersebut. Apabila difikirkan semula, saya terbayang bagaimana saya boleh melalui semua itu. Orang disekeliling saya memandang rendah, perasaan yang bercampur-baur dan sentiasa berasa gementar.

Saya bencikan keadaan tersebut.

Mungkin masa yang sukar tersebut berjaya membina Yoo Jae-suk yang tabah seperti sekarang. Jikalau tiada lelaki ini, mustahil banyak rancangan hiburan di Korea akan bertahan dengan lamanya. Bahkan sikapnya yang baik hati sentiasa menerima pujian ramai lantas membuktikan bahawa dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...