Ikuti Kami:

Orang Korea Cadang 5 K-Drama Best Ini Untuk Tontonan Penonton Luar Negara

Orang Korea Cadang 5 K-Drama Best Ini Untuk Tontonan Penonton Luar Negara

K-Drama sememangnya menjadi kegilaan ramai. Bukan sahaja popular di Korea malahan menjadi tontonan wajib peminat drama di serata dunia. Disebabkan oleh kepopularitian drama Korea ini, seorang YouTuber telah meminta orang Korea untuk mencadangkan K-Drama yang wajib ditonton oleh peminat daripada luar negara.

Jom lihat senarai ini!

Be Melodramatic

be melodramatic

Drama ini membawa penonton mendalami kerisauan, kehidupan harian, dan kisah sekawan perempuan dalam lingkungan usia 30-an yang bekerja dalam industri hiburan. Cerita mereka ini senang difahami oleh penonton terutamanya yang berusia lewat 20-an dan 30-an kerana masalah yang dilalui oleh mereka sama dengan masalah yang dihadapi oleh semua orang dalam dunia realiti. Jangan risau kerana ia diselitkan pelbagai komedi, jadi tak berat sangat!

Itaewon Class

itaewon class

Mengisahkan tentang sekumpulan orang muda yang degil, bersemangat dan penuh dengan keberanian darah muda. Menelusuri lorong sempit di Itaewon, mereka memulakan tentangan ke atas stigma masyarakat yang tak masuk akal. Dalam masa yang sama, mereka turut mengejar impian dan kebebasan untuk hidup mengikut perspektif tersendiri yang unik.

Mystic Pop-Up Bar

episod pertama mystic pop-up bar

Menceritakan hal pemilik bar berusia 500 tahun yang perlu menyelesaikan masalah 10,000 orang sebelum berjaya melepaskan diri daripada diheret ke neraka. Bagi menjayakan misi tersebut, dia bekerjasama dengan seorang manusia biasa yang mempunyai kuasa luar biasa di mana dia boleh membuatkan sesiapa sahaja berkongsi rahsia mereka apabila disentuh olehnya.

Goblin

goblin

Kisah romantik fantasi mengenai goblin pada zaman moden yang cuba mencari pengantin manusianya bagi menamatkan sumpahan hidupnya tersebut. Tanpa sengaja, hidupnya mula berselirat selepas berkenalan dengan malaikat maut yang langsung tak ingat kehidupan lampaunya. Meskipun dah menjumpa pengantin untuknya, namun goblin itu mula sedar bahawa dia mahu meneruskan hidup bersama wanita itu.

My Mister

my mister

Drama ini membawa kisah 3 adik-beradik lelaki yang terbeban dengan masalah mereka sendiri dan juga seorang wanita yang turut mengharungi kisah hidup yang sukar. Bersama-sama, mereka belajar cara untuk berasa bahagia selain bersyukur dengan apa yang dimiliki mereka.

Boleh tahan juga ya cadangan mereka untuk kita! Apa lagi, jomlah marathon hujung minggu ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...