Ikuti Kami:

“Orang Cantik Pun Tak Puas Hati” – Netizen Perasan Kim Yoojung ‘Ubah’ Hidung

“Orang Cantik Pun Tak Puas Hati” – Netizen Perasan Kim Yoojung ‘Ubah’ Hidung

Kim Yoo-jung ternyata merupakan antara pelakon K-Drama kegemaran ramai kerana membuktikan bakat lakonan yang hebat sedari kecil.

Secara tiba-tiba nama pelakon wanita itu menjadi topik utama dalam satu bualan hangat di laman komuniti Korea. Katanya, Kim Yoo-jung telah melakukan prosedur kecantikan bagi mengubah bentuk hidungnya.

Hal ini disedari oleh seorang netizen apabila dia membandingkan gambar sebelum dan selepas pelakon itu selepas mengubah fizikal berkenaan. Dalam foto tersebut, hidung Kim Yoo-jung sedikit tinggi jika dibandingkan dengan hidung beberapa bulan lalu.

kim yoojung

Walau bagaimanapun, entri berkenaan dibanjiri dengan komen netizen yang tidak mempercayai dengan dakwaan berkenaan. Pun begitu, ada yang pelik mengapa Kim Yoo-jung perlu melakukan prosedur tersebut meskipun hidung asalnya sudah pun cukup sempurna,

Semua selebriti di sana sudah biasa melakukan prosedur kecil.

 

Orang cantik pun tak puas hati dengan wajah sendiri.

 

Saya benar-benar tak faham mengapa dia perlu menyentuh hidungnya.

 

Tapi hidungnya lebih elok dahulu.

Hmmm.. nampak sama je..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...