Ikuti Kami:

“Oppa Mahu Saya Sihat Sahaja” – Jung Hoyeon Terharu Pesanan Positif Kekasih Lee Donghwi

“Oppa Mahu Saya Sihat Sahaja” – Jung Hoyeon Terharu Pesanan Positif Kekasih Lee Donghwi

Selepas kejayaan “Squid Game”, jadual Jung Ho-yeon nyata padat dan tiada ruangan untuk berehat langsung.

Disebabkan itu, tubuh badannya juga kelihatan semakin kurus lantas mendapat perhatian ramai. Menerusi sebuah temubual, model itu mengakui bahawa berat badannya semakin berkurang selepas siri Netflix itu ditayangkan dek kurang makan kerana sibuk.

jung hoyeon

Makin mendapat tempat di hati ramai orang kini, Jung Ho-yeon ditanya mengenai tanggapan kekasihnya iaitu pelakon Lee Dong-hwi mengenai populariti yang dicapai kini.

Hmm.. apa yang dicakapkan oppa pada saya? Apabila saya di luar negara, dia akan berpesan, ‘Pulang dengan selamat, kembali dengan sihat.’ Katanya lagi, ‘Tak semua benda perlu berhasil dan ianya tidak penting pun, cuma kembali dengan selamat dan sihat. Ianya membuatkan saya menangis. Sebabnya ramai yang meletakkan jangkaan pada saya, dan saya perlu mencapai dan melakukan sesuatu. Disebabkan oleh itu, saya hanya memberikan perhatian padanya sahaja. Tapi oppa hanya mengatakan yanga tidak apa sekiranya tiada apa yang menjadi dan hanya perlu sihat sahaja.

jung hoyeon

Apabila wartawan itu mengusik mengenai nama Jung Ho-yeon yang lebih ke depan dari Lee Dong-hwi kini kerana wanita itu merupakan seorang bintang dunia, model itu tertawa dan menjawab dengan yakin,

Tak penting susunannya. Malah, oppa juga sangat berjaya kini!

Pasangan yang saling support antara satu sama lain pastinya akan berkekalan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...