Ikuti Kami:

“Okay Sahaja Untuk Berasa Tidak Okay” – 11 Pengajaran Terselit Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’

“Okay Sahaja Untuk Berasa Tidak Okay” – 11 Pengajaran Terselit Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’

Walaupun ada saja babak romantik di antara Ko Mun-yeong (Seo Ye-ji) dan Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun), namun “It’s Okay To Not Be Okay” turut dilengkapi dengan pelbagai pengajaran terutamanya mengenai masalah psikologi.

Memang terpaku melihat wajah tampan Gang-tae apabila tersenyum atau pun pakaian Mun-yeong yang gah, tetapi jangan lupa dengan nilai murni yang terselit dalam drama ini.

1. Kalau tak okay pun okay

pengajaran it's okay to not be okay

Seperti yang dicanang oleh tajuk drama ini, tidak apa untuk berasa tidak apa. Setiap orang mempunyai bebanan tersendiri, dan ia adalah okay untuk berasa terbeban. Tiada apa yang perlu dimalukan dengan mengakui bahawa anda memerlukan bantuan dan sebenarnya ia adalah langkah pertama untuk menjadi okay.

2. Kira 1,2,3

pengajaran it's okay to not be okay

Mun-yeong sering kelihatan gagal untuk mengawal emosinya dan pasti akan bertindak tanpa berfikir dahulu. Disebabkan itu, Gang-tae mengajarnya untuk mengamalkan teknik ‘Pelukan Rama-rama’ dan mengira sehingga ke angka 3 supaya dapat mengawal emosinya selain mengelak wanita itu daripada melakukan keputusan terburu-buru.

3. Keseimbangan ialah kuncinya

pengajaran it's okay to not be okay

Mun-yeong sememangnya seorang yang tak menahan langsung daripada meluahkan apa yang dirasainya manakala Gang-tae pula memndam perasaannya sedalam yang mungkin. Dek berlawanan personaliti, mereka belajar cara untuk menyeimbangkan emosi mereka menerusi satu sama lain.

4. Belajar untuk memahami

pengajaran it's okay to not be okay

Memang mudah untuk menghukum seseorang dalam masa sesaat sahaja. Walaubagaimanapun, ada banyak lagi perkara mengenai seseorang itu yang kita tidak dapat melihat dengan mata. “It’s Okay To Not Be Okay” mengajar kita supaya beringat bahawa setiap orang mempunyai luka mereka tersendiri dan selalunya di sebalik tindakan yang nampak melulu, ada sebab disebaliknya.

5. Berdepan dengan trauma anda

pengajaran it's okay to not be okay

Rasa takut sangat untuk berhadapan dengan trauma sendiri. Tanyakan sahaja hal ini kepada Mun-yeong, Gang-tae dan Sang-tae! Tapi, merawat adalah satu-satunya cara untuk melawan trauma dahulu. Mungkin sakit pada awalnya, tapi anda pasti anda akan berasa bebas selepas itu.

6. Ingat memori indah

pengajaran it's okay to not be okay

Anda perasan tak bahawa mengingati memori negatif adalah lebih mudah daripada membayangkan memori positif? Jadi, banyak usaha yang diperlukan untuk mengingati semua kenangan indah lalu. Dan, jangan lupa yang memori kita mungkin tak setajam yang disangka. Sama seperti Gang-tae yang mengingati ibunya melayannya acuh tak acuh, tapi sebenarnya wanita tua itu sangat menyayanginya.

7. Pertahankan diri anda sendiri

pengajaran it's okay to not be okay

Kwon Gi-do (Kwang Dong-yeon) menyimpan luka yang sangat dalam kerana kedua ibu bapa dan adik-beradik yang memandang rendah terhadap dirinya. Selepas meluahkan segala yang terbuku di hati, kesihatan Gi-do semakin baik. Banyak juga karakter lain yang mula menjalani kehidupan yang lebih baik selepas mempertahankan diri mereka sendiri daripada orang yang menyakiti mereka.

8. Minta bantuan orang lain

pengajaran it's okay to not be okay

Malu untuk meminta bantuan orang lain? Tapi sebenarnya ia adalah lebih baik daripada mengelak daripada berhadapan dengan masalah anda atau pun melaluinya seorang diri. Mungkin susah untuk mencari orang yang mampu mendengar luahan anda tetapi apabila sudah berjumpa dengan orang yang sesuai, anda pasti tidak akan menyesal! Seronok sangat apabila melihat Gang-tae dan Sang-tae banyak menerima bantuan daripada pengarah hospital dan juga orang lain.

9. Lebih elok berbaik daripada bergaduh

pengajaran it's okay to not be okay

“Lebih baik bercium daripada bergaduh”, nasihat yang diberikan oleh Sang-tae memang kelakar! Tak perlu pergi cium sembarangan orang tetapi cukuplah memberikan kasih sayang daripada asyik bercakar sahaja. Jangan biarkan perbalahan dan salah faham menghalang perasaan cinta yang ada.

10. Hubungan keluarga bukan sahaja kerana darah

pengajaran it's okay to not be okay

Kadang-kadang, keluarga merupakan punca utama kita melalui kesusahan dan trauma. Walaupun anda tak boleh memilih sesiapa yang menjadi keluarga kandung anda, tetapi anda boleh memilih keluarga sendiri bukan berdasarkan hubungan darah sahaja. Lihat sahaja Mun-yeong, Sang-tae dan Gang-tae yang memilih untuk membina keluarga bersama dengan menerima diri masing-masing seadanya.

11. Perjuangkan kebahagiaan anda sendiri!

pengajaran it's okay to not be okay

Kebahagiaan anda boleh terjejas dek sesuatu yang tidak boleh dikawal tetapi jangan biarkan orang lain rampas kebahagiaan itu. Gang-tae dan Mun-yeong sekian lama hidup dengan hiba kerana trauma lama. Pun begitu, mereka memilih untuk mencari bahagia mereka dengan sendirinya. Anda pun boleh juga!

Jangan lupa saksikan dua episod terakhir “It’s Okay To Not Be Okay” pada Sabtu dan Ahad ini di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...