Ikuti Kami:

Ok Taecyeon & Kim Hyeyoon Serasi, Episod Awal ‘Secret Royal Inspector Joy’ Raih Rating Baik

Ok Taecyeon & Kim Hyeyoon Serasi, Episod Awal ‘Secret Royal Inspector Joy’ Raih Rating Baik

Walaupun banyak drama best yang tamat, namun banyak juga drama baru yang lagi menyeronokkan telah disajikan buat penonton. Salah satunya ialah “Secret Royal Inspector Joy”.

Sinopsis

Drama bersejarah genre komedi ini membawa kisah inspektor diraja rahsia yang menyamar bagi mendedahkan rasuah bersama seorang janda yang mempunyai kepercayaan yang ke depan berbanding waktunya.

tvn secret royal inspector joy

Permulaan menghiburkan

[Amaran SPOILER]

Pertemuan Ra Yi-eon (Ok Taec-yeon) dan Kim Jo-yi (Kim Hye-yoon) bermula apabila mereka cuba membongkar mengenai punca sebenar kematian Bo-ri (Chae Won-bin). Mempunyai prasangka yang mendalam selain rakan baiknya yang mati secara tiba-tiba, kedua mereka tanpa sengaja duduk di sisi yang sama. Dalam pada itu, penceraian Kim Jo-yi yang hampir gagal berjaya direalisasikan oleh Ra Yi-eon apabila dia menganugerahkan kebebasan untuk wanita itu. Mereka kemudiannya membina hubungan yang utuh bagi meneruskan misi itu.

tvn secret royal inspector joy

Rating memuaskan

Untuk episod pertama, “Secret Royal Inspector Joy” berjaya mencatat rating yang baik iaitu 4.961%. Meskipun menurun kepada 4.035% untuk episod kedua, namun drama berkenaan menerima pujian ramai kerana plotnya yang menghiburkan selain gandingan yang serasi di antara Ok Taec-yeon dan Kim Hye-yoon.

Serius kena layan drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...